Jul 20, 2009

Muslimah..

MUSLIMAH YANG DIKASIHI… …
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI… …
Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI… …
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.


MUSLIMAH YANG DIKASIHI… …
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI… …
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu. Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.


MUSLIMAH YANG DIKASIHI… …
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu. Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu

Jul 5, 2009

Along, angah dan adeq...

Anak Sulung:
1.Merupakan tonggak kepada ibu bapa kerana selepas ketiadaan mereka,anak sulung akan mengetuai adik-adiknya.
2.Anak sulung seorang yang suka berdikari.Tetapi awas,mereka juga kadang-kadang mengharapkan pertolongan orang lain.Senang kata,berdikari kerana terpaksa.Yelah sebab anak sulung kan.
3.Anak sulung orang kata suka buli adik-adik dia?Benarkah?Jika nak tahu,anak kedua lebih suka membuli yang lebih kecil darinya.
4.Anak sulung nampak tegas tetapi sebenarnya mereka sangat lembut hatinya.Hati mereka lebih mengikut hati ibu bapa mereka kerana "bond" mereka dengan ibu bapa mereka lebih rapat kerana ibu bapa mereka mendidik dan mengasuh mereka dengan penuh kasih sayang. Maklumlah anak pertama dalam keluarga,semuanya dicurahkan sebelum lahirnya anak yang lain.
5.Oleh sebab itu,banyak anak sulung sangat manja lebih-lebih lagi pada ibunya.Mereka manja secara senyap tanpa menampakkan secara zahir di hadapan adik beradik yang lain. Mahu control macho katakan.HeHeHe.
6.Lebih berfikiran jauh dan matang serta lebih berhati-hati dalam segala hal.
7.Anak sulung lelaki akan jadi sangat akrab dengan adik lelakinya.Tetapi mereka tegang dengan adik perempuan di bawahnya lebih-lebih lagi si Angah (perempuan).
8.Anak sulung tak suka hidup mereka di control.Suka sesuatu yang mencabar.
9.Menjadi contoh kepada adik-adik yang lain.Kebanyakkan anak sulung yang berjaya melahirkan adik-adik yang berjaya juga.Begitu juga dengan sebaliknya.
10.Kenapa si along kurang selesa dengan si angah?Kerana setelah si angah dilahirkan, kasih sayang ibu bapa pada along dikurangkan.Maka along jeles.Yekah?HeHe...
Anak Kedua (Angah):
1.Anak kedua kalau diikutkan merupakan anak yang paling bijak.Paling menonjol dan paling terkehadapan dalam segala hal.
2.Tetapi AWAS!Mereka merupakan anak yang paling nakal dan degil dalam banyak adik beradik.
3.Suka control orang lain dan mahukan orang lain mendengar kata-katanya.
4.Boleh hidup berdikari dan boleh cari duit sendiri walaupun dalam usia yang muda.
5.Pada mulanya menjadi harapan kepada keluarga,kemudian kurang menyerlah kerana mereka nakal dan degil dalam kebijakan yang dimiliki.
6.Sangat sukar diberi nasihat dan teguran.Degil kot.
7.Mudah berdampingan dengan ibu berbanding ayah.
8.Seteru kepada along.Tetapi tak semuanya seperti ini.Slaing bersaing untuk tunjukkan siapa yang lebih bijak dan baik.
9.Even mereka ni degil,jauh di hati mereka,lembut orangnya.Cuma kena dalami dan cari cara bagaimana nak lembutkan hatinya.Kalau tahu caranya,pasti mudah tundukkan mereka.
10.Mereka lebih arif dalam menyusun masa depan mereka.Sebab itu sekarang ramai Angah berkahwin awal dari alongnya.Tapi elok berkahwin awal bukan?
Anak Bongsu:
1.Paling Manja dengan ibunya!
2.Paling pendiam dan suka memendam rasa kecuali pada ibunya.
3.Penceria dalam adik beradik.
4.Suka menurut perintah abang dan kakaknya.
5.Bijak juga tetapi terkebelakang sedikit dari angahnya.Lebih suka bersuka ria.
6.Paling lama nak berpisah atau tidak sekatil dari ibunya.Umur 10-12 tahun baru berpisah dari tempat tidur ibunya.Manja katakan.HeHeHe.
7.Suka buat abang dan kakak mereka jeles dengan apa yang mereka miliki.
8.Tetapi ramai yang tidak tahu,golongan bongsu sangat hidup berdikari walaupun mereka manja kepada ibu dan ayah mereka.Kalah abang dan kakak mereka.Yelah mahu menunjukkan bahawa diri mereka juga boleh berdikari seperti abang mereka.
9.Tak semestinya abang/kakak mereka berjaya dalam hidup,mereka juga menuruti jejak langkah mereka.Dan tak juga abang/kakak tak berjaya dalam hidup,mereka juga tak berjaya seperti mereka.Tidak.
10.Paling cepat menyusuaikan diri dengan keadaan hidup yang baru dan mencabar.Tapi anak bongsu paling cepat putus asa.Betulkah?

p/s :Assalamualaikum...sume mklmt kat ats ni ana dpt dr 1 blog...ntuk percaya ke x tntg sume kt ats ni bgantung pd antum sume yg penting pe yg elok kte jdkn teladan n pe yg x elok kte jdkn sbg iktibar tuk memandu diri kte ke arah yg lbih baik...2 all ank sulung...best 0f luck fr0m me...moga bjaya mendidik adik2mu..jdlah se0rg abg/kakak yg boleh dic0nt0hi oleh adik2..wallahu'alam..

Ku Cari Cinta-Mu Tuhan

Ku cari cintaMU Tuhan

Antara beribu-ribu cinta
aku hilang dalam kealpaan
aku tewas dalam keseronokan
aku tersungkur dalam tawa syaitan

inilah aku ya Tuhan
tersedu menangis di depanMu
jernih airmataku menitis
tetapi tak terhilang dosa yang bertabur
menghitam hatiku

masih adakah waktu
untuk aku kembali mendekatiMu
mengalun lagu rindu
seperti waktu dahulu

sudikah Kau Tuhanku
menyapa hatiku kembali
dengan Nur hidayah dan taufikMu
sedang aku
terkapar lemas di sini
menghitung dosa-dosa
yang berpasir sepanjang langkah hidup ku ini
 

Blog Template by YummyLolly.com