Jan 7, 2010

azam??

Assalamualaikum wbt..kaifahaluk shbt2 sume..da lame x post something kat blog ni..ntah la..kdg2 idea 2 ada tp masa plak yg cemburu ngan kte..kdg2 masa ada tp ttiba xde idea plak nak 2lis pe..xpe la..da lumrah hdup..yg pntg cbe istiqamah dlm mlakukn ssuatu..btol x? hehe..

Btw..wpun bulan muharram 1431H semakin ke penghujungnya..namun rsenye msih x terlambat untk sy ucapkan Salam Ma’al Hijrah 1431..dan juga slm thn baru 2010..pe yg sy nak kongsikan sbnrnya adlh mngenai ‘azam’..azam mane satu ye? Mgkin ada yg ttanya2..azam idola kecil 2 ke..hehe..xde laa..2 skadar gurauan semata2..

Pe yg sy nk kongsikan adlh tntg azam tahun baru..stiap tahun yg blalu..pasti ada suara2 yg btanya “apa azam baru anda?” mgkin segelintir dlm klgn kita yg mgpunyai azam yg tlh dtanam n dsemai dlm dirinya bg mgharungi tahun baru yg pastinya d datangi dugaan dan cabaran yg pelbagai..nmun mgkn jga tdpt dlm klgn kita yg langsung x mghiraukan tntg azam ni..knpe ye? Namun ape yg nk sy perkatakn kt cni buknlah tntg knapa mereka x hiraukn tntg azam 2..abes 2..ape ek?



Dalam pada kita asyik mempunyai azam baru setiap kali thun baru menjelma..pernahkah terlintas d minda n fikiran kta pertanyaan2 sprt :
i- azam thun lepas da tcapai ke?
ii- Klu da tcapai, dah puas hati ke?
iii- Klu x tcapai, pe yg ptut aku lakukn?
iv- dll lagi..



namun, pernah x terlintas di akal kita untuk terus istiqamah dengan sgla azam2 kta pd thun2 tdahulu [tepuk dada tanya iman k!]..adkh bila tiba shja thun baru kita terus mpunyai azam bru wpun azam yg dtanam n dsemai pd thun tdahulu belum tercapai..ye..x salah tuk kita mnanam azam bru tp alangkah baik kiranya kita turut istiqamah dgn azam2 tdahulu dsamping mnyemai azan bru..amacam? fikir2kn ye shbt2..so..last but not least, think ‘bout this k!

++Saidina ‘Umar bin al-Khattab pernah berkata:
“Istiqamah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah tanpa berubah-ubah seperti musang”

++Dan Allah juga telah menjanjikan balasan yang besar kepada mereka yang beristiqamah.
Firman Allah:
“Sesungguhnya orang-orang yang berkata (menegaskan keyakinannya): “Tuhan Kami ialah Allah”, kemudian mereka istiqamah (tetap teguh di atas jalan yang betul), akan turun malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan daripada Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani! Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, serta dia sendiri mengerjakan amalan yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” (Surah Fussilat, ayat 30-33).




~p/s : azam baru..istiqamah dgn azam2 tdahulu..Ya Allah..permudahkanlah..amiin Ya Rabb..

~Umur Dunia Mungkin Panjang Lagi, Namun apa Yang pasti Umur Kita Takkan Sepanjang Umur Dunia.. Untuk Bina Duniamu Tempatnya Di Dunia, Untuk Bina Akhiratmu Tempatnya Jua Di Dunia..~

Nov 2, 2009

Iman Semut VS Iman Manusia

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apaka engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".
Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi Allah Sulaiman tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut.
Lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".
Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiridan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
# Itulah Iman Semut !!!

~Iman manusia ?

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.
Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".
Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah s.w.t. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".
Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.
Itulah iman manusia (kita) !!!

Oct 31, 2009

Jalan pulangku...menuju cinta-Nya


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tundukku Malu Didepanmu
Kernaku Insan Berdosa
Kuadukan Sesalanku
Apakah Kan Kau Terima

Kesunyian ini Sedarkan Diriku Yang Lena
Tinggalkan Semalam Yang Nanah
Lantas Meratap Hina Kan ku Pada Sempurnamu
Terpaut aku Tak Berpaling

ku Bersyukur Hanya Padamu Tuhan
Kau Temukan Laluan Bermula
dan Cintamu Bagai Air Di Tandus Sahara
Yang Melepaskan Dahaga

Suburkan Cahaya Menerangi Langkahku
Semaikan Segala Hiasan Indah Cintamu

ku Bersyukur Hanya Padamu Tuhan
Kau Tunjukkan Laluan ku Pulang
dan Cintamu Bagai Air Di Tandus Sahara
Yang Melepaskan Dahaga

ku Mohon Kau Tenangkan Gusar Hatiku Yang Rawan
Bimbang Kau Singkirkan Taubatku
Kurayu Kau Hulurkan Keampunanmu Padaku
Kelakku Zalimi Diriku

Janjiku Padamu Abdikan Seluruh Jiwa
Sehingga Masanya Kau Seru Hujung Nyawakux2

Ku Bersyukur Hanya Padamu Tuhan
Kau Tunjukkan Laluan ku Pulang
dan Cintamu Bagai Air Di Tandus Sahara
Yang Melepaskan Dahaga

Tak Jemu Dimanakah Hentinya Rayuan Taubatku Padamu

p/s : hayatilah nasyid ni ye..best sgt!
 

Blog Template by YummyLolly.com