Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Jan 14, 2012

Of time to come..,

Bismillahirrahmanirrahim...

::Time is funny thing::
Time is a funny thing, because when one is hard pressed to do something, then one can finish it in a quick and efficient manner but when one has too much time in one's hand, then the efficiency simply goes down. Don't take time as being something absolute, the human consciousness may very well be intimately intertwined with time itself.

And stop saying things like I don't care about politics, or I don't want to get involved in society because I'm bad at communicating with people; the fact is, very few people are good with people. In fact, if you're bad at it, then it is precisely why you should do it.

We always say that the youth are the agents of change, and we always look to the time of the Prophet as being such a good example of this but we seldom take a step back and think, what have I done for the betterment of society? do I even care enough about society to act?? ask ourself..

And acting does not mean looking at people in society that needs help, but never talk to any of those so-called troubled people and try to understand them, much less help them. All we do is scorn at them.

Doing something is not that hard, one only needs a few hours in a week to help (compare that to the amount of unnecessary sleep that one gets), and there is always room for more people, if one decides to join, that is.

It is funny that we say we study hard in the university for the sake of ALLAH and that we will contribute to His cause when we work, when in reality we sit in our own corner, doing enough to satisfy our whims, and do the bare minimum for Islam.

Funny, isn't it? When students say 'I want to be an Islamic doctor,' or 'I want to be an Islamic engineer,' when all they do is read books, pass exams, get a job, get a spouse, buy a big house, produce some kids, and die.

Now that, is funny..dO u think sO.,?


 Footnotes:
stop saying things like I don't care about politics, or I don't want to get involved in society...
# mood : campus elections ('',)
# meet my next post soon.,insyaallah


Dec 25, 2010

..suratan atau kebetulan??



Assalamualaikum w.b.t..

Dah lme myepi dr mr. blog ni..maap ye incik blog..kebetulan arini tade org kat umh, juz tgal sy, ayah n mak cik bibik je..so, bowim..hehe..ttibe tringat da lme x update blog..huhu..n kbetulan jgak arini 25 Dec..nape ngan 25 Dec ek? oo..meri krismes..n sy pun cri2 la info sket sal sambutan ni..then tjumpa sal bencana time sambutan krismes nih..so, sy share la ngn korg sume..buat pringatan bsama ye..

Ye,, ini sume mungkin suratan, dan mungkin juga kebetulan..tp fikir2kn la yep : 


1) Beribu-ribu orang disahkan mati di Asia (Indonesia, India, Sri Lanka, Thailand dan Malaysia -Penang, Kedah dan lain-lain tempat di Utara),beribu buah rumah dan kenderaan hanyut/runtuh/musnah akibat gelombang Tsunami hasil dari gempa-bumi di Sumatera, pada masa sambutan Krismas 2004. 









2) Beberapa tahun dulu, ribut Greg di Sabah berlaku, pada masa sambutan Krismas. Beratus-ratus mati (mungkin beribu sebab yang mati banyak dari kalangan pekerja asing dari Indonesia yang tidak dilaporkan). 

3) Pada tahun 1975, seluruh Bandaraya Darwin di Australia ranap di landa ribut taufan, pada masa sambutan Krismas.

Kaitan diantara peristiwa kejadian gempa bumi di Acheh dengan beberapa peristiwa2 (bencana2) yang telah lalu cuma Allah swt sahaja yang tahu sebab sebenarnya. Apa yang pasti ialah semua peristiwa ini merupakan peringatan dan amaran dari Allah swt agar manusia ta'at kepada perintahnya dan ia juga melambangkan keagungannya; Subhana Allah!

Memetik kata2 Syeikh Abdul Aziz bin Baaz, bekas Mufti Arab Saudi, mengenai gempa bumi / bencana : Maha Suci Allah swt, yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui akan apa yang di takdirkan, sebagaimana Allah Maha Mengetahui akan peraturan dan perintahnya. Maha Sucinya mencipta apa yang dikendaki apa-apa tanda, dan ketentuannya! Bagi menakutkan hambanya, mengingatkan mereka tentang kewajipan dan haknya, dan memberi amaran apa2 yang mensyirikkannya, bertentangan dengan arahannya dan larangannya, sebagaimana firman Allah swt : 
"Kami tidak menghantar turun mukjizat-mukjizat itu melainkan untuk menjadi amaran (bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman). "          [al-Israa’ 17:59] 
"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? "                                                  [Fussilat 41:53] 
"Katakanlah: Dialah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu atau dari bawah kaki kamu atau Dia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah (berpuak-puak) dan Dia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain. Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya. .’"                                   [al-An’aam 6:65] 

Al-Bukhari meriwayatkan didalam Sahih dari Jaabir ibn Abdullah ra. bahawa apabila ayat "Katakanlah: Dialah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana)" diturunkan, Nabi saw berkata "Aku berlindung dengan wajah engkau - Auzubi wajhika". "atau dari bawah kaki kamu", baginda berkata "Aku berlindung dengan wajah engkau " - [Hadith Riwayat al-Bukhari, 5/193]. 

Abu al-Syeikh al-Isbahaani meriwayatkan dari Mujaahid mengenai tafsiran ayat "Katakanlah: Dialah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana)" [dengan makna] al-Sayhah (jeritan), batu2 dan angin yang kuat; "atau dari bawah kaki kamu", [dengan makna] gempa bumi dan keadaan ditelan oleh bumi. 

Tidak syak lagi bahawa gempa bumi yang berlaku pada masa ini adalah sebagai tanda / alamat bahawa Allah menggunakannya bagi menakutkan hambanya. Semua gempa bumi dan yang lain2 yang berlaku dan kemusnahan dan kecederaan kepada manusia adalah kerana syirik dan dosa, sebagaimana firman Allah swt :- 
"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu."                                                                                                                              [as-Shura 42:30] 
"Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri " [an-Nisaa’ 4:79] 


Tambah beliau : 
"Apa yang wajib dilakukan oleh orang Islam yang mukallaf ialah bertaubat kepada Allah swt, berpegang (istiqamah) kepada agama dan jauhi segala yang dilarang yang berbentuk syirik dan dosa, agar mereka selamat dan berjaya didalam dunia ini dan akhirat, dan dari semua yang jahat, dan sehingga Allah swt mengangkat semua bala', dan memberkati dengan segala kebaikkan, sebagaimana firman Allah swt :- 

"Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan."                                                                                                                        [al-A’raaf 7:96]

Syeikh Bin Baaz juga memetik kata2 al-Allaamah Syeikh Ibn Qayyim rh yang berkata :- 
Allah kadangkala memberi kebenaran kepada bumi untuk bernafas, dimana gempa bumi yang besar akan berlaku; ini akan mmbuat manusia merasa takut, meninggalkan dosa, bersolat kepada Allah dan merasa menyesal (atas dosa). Apabila terjadi gempa bumi dahulu, beberapa salaf berkata : Sesungguhnya Tuhan kamu memberi amaran kepada kamu. Apabila Madinah terjadi gempa bumi, Umar ibn al-Khattab ra berucap kepada orang ramai dan berkata : Jika berlaku gempa bumi lagi sekali, aku tidak akan tinggal disini bersama kamu" 

sumber : http://www.al-ahkam.net/




p/s : nk uploadkn some more pics,,but loading lme sgt..huhu..t la sy edit2 blik ye..=)


Nov 14, 2010

~khasiat barli..


Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di timur tengah kira-kira 9000 tahundan mungkin juga merupakan bijirin terawal dan paling penting pada ketika itu.


Isi rong atau bijirin barli boleh dijadikan tepung, emping dan bran.Batangnya boleh dijadikan kertas dan bahan pembinan manakala keseluruhan tanaman boleh dijadiikan sebagai makanan haiwan ternakan. 



Kajian klinikal di Australia, Kanada dan amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.  


Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi rong. Barli daripada variety ' waxy' lebih tinggi kandungan beta glucan daripada jenis barli lain. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan bertanggung jawab dalam menigkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2. Tokotrienol dan tokoferol (tokol) merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.


Barli mengandungi tokol yang tinggi. Barli juga merupakan sumber baik bagi vitamin B dan sesetengah galian. Kromium sebagai contohnya merupakan galian yang merangsang penyejatan glukosa dalam darah. Penyelidik di Englad melaporkan barli mempunyai kromium yang tinggi dan dikatakan merupakan sumber terbaik kromuim.Pesakit diabetes perlu mngawasi tahap gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika memakan barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku. 



Tunas bijirin barli bertindak sebagai pelega, pengeluar kahak dan pelembutKadang kala ia juga bertindak sebagai bahan yang boleh menyebabkan keguguran. Dikatakan tunas barli boleh digunakan untuk merawat dispepia serta muntah dan kekembungan akibat meminum susu ibu. Sebaik-baiknya tunas bijiran barli ini tidak diberikan kepada ibu yang menyusukan bayi kerana ia mengurangkan pengaliran susu.


Bijirin barli pula bertindak sebagai penghadam, pelega dan dikatakan sesuai dimakan sebagai makanan berkhasiat atau dijadikan air barli ( rebusan air barli dalam air ).Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar. Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalammenghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagaipenahan selera makan. Air rebusan bijirin barli pula dikatakan mampu diambil sebagai penyejuk badan



Malah dikatakan dikatakan jus barli hijau mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hamper 5 kali besi dalam bayam, 7 kali vitamin c dalam oren dan 80 mg vitamin B 12 daripada 100 gram barli.


Bagi penyakit serius seperti arthritis dan barah, pengambilan jus ramuan daun barli yang berwarna hijau atau yang telah dikeringkan, yang diambil dalam jangka masa dua jam selepas makan kepada 20 minit sebelum hidangan seterusnya dikatakan mampu membuatkan enzim-enzim digunakan dengan baik. Cara ini dapat membiarkan enzim diambil secara langsung dan sekali gus masuk ke dalam saluran darah di mana ia digunakan bagimemperbaiki dan menyembuhkan tubuh. Jus yang dihasilkan daripada daun barli juga dikatakan mampu merendahkan tahap kolesterol dalam darah. Bahan kimia dalam daun ini dikatakan mampu melambatkan penghasilan kerosakan saluran darah yang disebabkan oleh diabetes. 


secara ringkasnya, barli berkhasiat untuk:
  • Mencegah/mengurangkan risiko sembelit
  • Mengurangkan kadar kolesterol
  • Mencegah kanser
  • Mengurangkan risiko kencing manis
  • Menyejukkan badan
  • Memelihara buah pinggang
  • Melawaskan kencing
  • Membantu melancarkan penghadaman

~tetiba rasa nk p0st sumthing 'bout barli ni slps minum air barli+kismis hitam,,best sgt2!!
~mmg x dnafikan barli byk khasiat..^_*

Nov 12, 2010

~buat hati sahabat2 fillah,,


Buat hati sahabat2 fillah di dunia sementara, di akhirat kan kekal selamanya..

Apabila dikatakan semuanya yang dinikmati di alam fana ini hanyalah pinjaman, memang benar.. sekecil2 perkara sehingga sehebat-hebat benda yang dikecapi, ianya tidak lain tidak bukan, pinjaman dari Yang Maha Pemberi kepada hamba-hambaNya di bumi.. tidak kira pilihan yang dibuat oleh mereka yang pilih untuk tunduk padaNya ataupun tidak.. Begitu juga dengan hati-hati di dalam sanubari setiap insan di dunia ini..


Hati yang diertikan bukannya hati yang mampu dilihat secara fizikalnya, yang dipelajari di bangku sekolah setibanya waktu cikgu biologi masuk untuk menerangkan ciri-ciri dan fungsinya.. Namun, hati yang ingin dimaksudkan, hati yang lahir dari dalam jiwa nurani setiap insan.. di mana setiap perkara, perlakuan, percakapaan yang dilakukan di gerakkan oleh hati ini.. andai yang menggerakkan kenderaan di jalanan adalah engin yang terletak di dalamnya.. ketahuilah,hatilah yang sebenarnya engin penggerak dalam tubuh manusia.. biarpun secara medikalnya, jantung yang memastikan aliran darah tiba pada tempatnya tepat pada waktunya..akan tetapi, ia bukanlah neraca timbangan dalam setiap perkara yang dilalui.. hati inilah yang menentukan neraca yang akan ia gunakan dalam membuat keputusan. Andai engin kenderaan perlu diservis setelah ia bergerak sejauh xxKM, ketahuilah, begitu juga hati insani.. dan sesungguhnya, hati-hati setiap insan, jauh lebih banyak bergerak, berkerja berbanding engin di dalam kenderaan jalanan..

Jesteru itu, hati-hati ini perlu sentiasa diservis, berulang kali.. bukan hanya setelah ia lemah, baru hendak diperbaiki.. Apabila ingin membeli kenderaan bermotor, pasti yang mampu beraksi dengan baik menjadi pilihan.. Dan hati-hati insan di dunia ini.. bagaimana untuk menjadikan diri tampil ke hadapan, biar tampak di dalam jutaan hati-hati lain di kala hati-hati ini semuanya tampil menghadap Ilahi?

Biarpun tahu hati diri tidak mungkin setanding para rasul dan nabi.. tidak mampu sebaris beratur dengan para sahabat.. tidak layak untuk berkumpul bersama mujahid-mujahidin.. namun, ketahuilah.. keberadaan di dunia ini, di akhir zaman ini, ada kelebihan yang diberi.. kerinduan nabi untuk berjumpa di jannah nanti.. hanya kerana hati-hati ini tulus ikhlas bergerak menuju Ilahi biarpun tidak sempat bersama nabi untuk menyiarkan panjiNya di muka dunia..tiada dorongan yang langsung (berhadapan) darinya..


Sebagai da'ie yang dipilih oleh Yang Maha Esa.. Maha Mengetahui.. hati-hati yang bersemi di dalam sanubari, insyaAllah sudah mula beroperasi dengan giat dan proaktif.. Oleh itu, sentiasalah melawat hati diri, agar mudah dikesan di saat ia mula lelah... mula hadir garis-garis kurang sihat.. Apabila dapat dikesan di awal waktu, sudah pasti senang untuk diubati.. kerana masih lagi tidak severe injury yang di hadapi.. jangan ditangguh untuk diubati.. jangan biarkan ia sendiri tanpa follow-up yang kerap.. kerana keseorangannya mampu mengajak kehadiran mereka yang tidak diundang.. yakni, si dia yang berjanji untuk merosakkan hati-hati mu'min mu'minin di dunia..
Untuk memastikan hati-hati ini agar tetap sihat.. antara servis yang boleh dilakukan oleh jasad-jasad yang memikul hati-hati ini adalah... bibir tidak lekang dari zikrullah dan istighfar..

    Zikrullah mengingatkan hati bahawa ia masih lagi belum mencapai matlamat.. hadirnya ingatan pada Ilahi.. menjadi daya tolakkan pada hati untuk kembali beroperasi dengan kesungguhan yang baru..

    Istighfar melahirkan rasa tunduk dalam hati.. agar tidak riak dalam setiap amal yang dilakukannya, digerakkannya..dan juga perlunya doa sentiasa..dan bukan hanya sekadar selepas solat ataupun saat hendak menjawab soalan di dalam dewan peperiksaan.. Doa-doa mendekatkan hati pada PenciptaNya.. kerana ia tahu, segala keputusan yang dibuat, semuanya di gerakkan oleh ilham dariNya.. dan seandainya ia terjatuh ke kawasan laranganNya, maka, kan gelap hitamlah pandangannya pada sekitarnya.. Doa bisa menundukkan hawa nafsu yang sentiasa mencuba untuk menggoda hati, manariknya keluar dari pendirian untuk melalui fitrah ia dicipta..

Tidak lupa pada hadiah dariNya pada umat Muhammad (saw).. kalamullahNya yang diaturkan di dalam Quran.. perlu hati-hati ini sentiasa menghayati peringatan dariNya, kisah-kisah yang ingin disampaikan buat mengubati kegusaran hati para insan, hukum-hukum yang digariskan untuk dipatuhi agar hidup di muka bumi tidak rusuh.. tilawatilkan ia, tadabur kan maksudNya.. kiriman khas kalamullahNya buat para hamba yang memilih untuk menerimanya.. Biapun kan sentiasa sibuk hati-hati ini.. dalam mengerakkan jasad di mana ia bersemi.. ketenangan masih mampu ia kecapi, andai ia disogokkan dengan bekalan-bekalan yang dikatakan tadi.. (zikrullah, istighfar, berdoa, tawatil quran).

Tiada yang mampu dikongsikan lagi dari hati ini di kala ini.. hanya satu harapan yang dibawa.. agar tatapan mata-mata yang meratapi perkongsian hati disini, akan membawa satu message yang kan dibawa ke dalam hati milik mata yang memilih untuk mendengar tatapan hati ini.. dari hati untuk hati..setiap pilihan hati-hati hambaNya, tidak mungkin dapat dinilai sekadar pandangan insan di dunia, semoga hati-hati di sini benar-benar telah memilih jalan yang hakiki, jalan yang tidak bersimpang dari matlamat menuju Ilahi biarpun ia penuh ranjau dan tusukan berduri kan hati-hati ini teguh berdiri, melaksanakan tugas selagi ruh miliknya tidak dibawa pergi..

[ edited fr0m emel dr se0rang shbt fillah,,jazakillah ya ukht ]
p/s : salam saiyidul ayyam 'ala kullukum,,barakallah~

Jun 11, 2010

~090610 ^^,


Assalamu’alaikum w.b.t..buat sahabat-sahabat sekalian..moga kalian sihat wal’afiat hendaknya..


Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian daku tujukan kehadrat Allah kerana masih di beri kesempatan dan peluang untuk menatap bumi-Nya yg menghijau, langit-Nya yang membiru..


dan


masih lagi dapat menghirup udara seterusnya membekalkan oksigen bagi keperluan hamba-Nya ini..Alhamdulillah..dan masih juga diberi kesempatan dan masa untukku terus bbakti pada agama bagi meneruskan sisa perjuangan baginda tercinta, Amirul Mukminin Muhammad s.a.w..dan dapat terus menabur bakti buat mak dan ayah tersayang..


Pagi td, seusai srapan dan mgemas rumah, mak ttiba pggil n kata “k.long jom kte g maen tanah..g care pokok, cabut2 rmput..maren x jd dh..” begitu la lbey kurg..hehe..k.long pn blas “erm..ok la..jom r..hehe”…then mak pn ajk jgk adeq yg tsgt ‘rajin’ tu join skali..=p


Kmi pun pegi la kat suatu sdut yg ada tanam pkok2 bnga sket kat c2..ada pkok puding merah, daun kesom n 2 3 jenis pkok lg..tgok2 kat c2..hmm..byknye rumput x cbut..[weee~ ada pacat x ea?? Hehe..skdar iklan jew ni ;p]..



kmi pun cabut la rumput2 yg ada kat c2..adeq tlg kutip sket2..pas2 tlg gmburkn tanah..cantas pkok sdkit sbyk..t time raya cantik la ni [kata mak..hehe]..tgah2 duk cabut2 rumput 2..tetiba..



Jeng..jeng..jeng…



nak tau x ??



hehe..;p



tetiba


tlintas kat benak hati ni..



agaknya camni la hati kita klau x jaga ngan elok..abes layu..kuyu..x berseri..x bermaya..
hati jd layu..nau’zubillah..


ye la..klu pkok mesti layu klau x dpat pgjagaan yg elok dan rapi..tmbh plak klau x d siram ngan air dan x d baja..makin hari makin layu la jawabnya..then akhirnya..MENYEMBAH BUMI..trus TERKUBUR buat slama-lamanya bsama debu-debu tanah..


hati manusia pun sama..klau x d jaga dgn elok..x disiram dgn zikir-zikir munajat dan pringtn, x d baja dgn alunan kalamullah dan ibdt2 sunat..x diisi dgn sirah-sirah perjuangan nabi-nabi dan para sahabat..layu lah hati itu..gersang lah jiwa itu..dan mati lah ia..MATI??..x mustahil hati kta akn mati..andai x dijaga dgn seeloknya..


 
Ya Allah,,moga hati-hati kami terus hidup..


Dalam pd tu gak..mase cabut2 rmput 2..ttiba terasa hinanya diri ni..siapa lah aku pada pndgn Sang Pengcipta, Allahu Rabbul Jalil..kta pn asal drpd tanah..n tanah jgak yg slalu kta pijak2 kn..lihatlah..sedarlah..knpa perlu ada rsa bgga walhal kta semua adalah sma..last2 6t kat tanah 2 jgak kta tkubur kn..yg mbezakn kta adalah taqwa kpd Allah,,smkin bertaqwa seseorg itu..smkin tggi la drjatnya..mg kta tgolong dlm golgn org2 btaqwa..=)


Then..


 
Mak pun ada pesan..jgn la ada sifat ananiyah dlm dri..ape tu ananiyah?? ananiyah ni prasaan keakuan or bhasa mudahnya ‘EGO’..mnurut kta mak td la..jgn la kta ni ego sgt..xde guna ada rsa ego 2..t makan dri kta sndri..


 
Hmm..nyway,,pagi yg sgt ‘TERISI’ bersama mak dan adeq..thnks to b0th of you..uhibbukuma jiddan..


p/s : nantikn post yg sterusny yep..


++ x lupe jge,, slamat bercuti buat shbt2 IPG yg bcuti slama 3 mggu..isi la masa cuti dgn sebaeknya..jgn tdow jew..hehe..


++ jaga diri,,jga iman,,jaga hati kalian ye..tke cre~


Wassalam..^^,

May 11, 2009



Assalamualaikum sahabat sahabiah sekalian... Seluruh dunia baru sahaja menyambut Hari Ibu or in english Mother's Day...=p

Tetapi, satu persoalan yg ingin sy tujukan buat sahabat2 sekalian..adakah antum mengetahui sejarah sebenar perayaan Hari Ibu ni? Atau menyambutnya atas dasar orang lain turut merayakannya?? Tepuk dada tanyalah hati..

Disini saya sertakan sedikit maklumat mengenai asal usul perayaan Hari Ibu. Moga dapat menjelaskan mengenai sejarah sebenar Hari Ibu..


Secara sejarahnya sambutan hari ini adalah berbeza mengikut tempat. Banyak pandangan dan pendapat mengatakan asalnya bermula pada zaman Mesir purba iaitu apabila masyarakat Mesir purba memberi penghormatan kepada Dewi Isis. Ada pula pandangan berkata Hari Ibu di sambut kerana kerana memperingati tradisi Roman yang juga memperingati Dewi Cybele dalam perayaan Phrygian Goddess Cybele. Di Greek pula ia mempunyai tradisi yang sama seperti Roman cuma sambutannnya terhadap Dewi yang bernama Rhea.

Di Eropah, kala permulaan era kristianiti, sambutan Mother Church dilakukan bagi menghargai gereja kerana pembaptisan. Sambutan ini dilakukan pada hari Ahad keempat Lent iaitu 40 hari selepas hari Ester.

Sejarah sambutan Hari Ibu yang kini dikenali di seluruh dunia pada hari minggu ke 2 bulan Mei berasal dari sambutan memperingati wanita bernama Anna Reeves Jarvis yang bermula pada tahun 1908. Kematian Anna Reeves Jarvis’s telah menyebabkan anak perempuannya Anna M. Jarvis memulakan kempennya untuk mewujudkan sambutan Hari Ibu secara rasmi. Dalam petisyennya kepada gereja di mana ibunya telah menghambakan diri untuk mengajar di kelas gereja setiap hari ahad, maka pada 10 Mei 1908, permintaannya telah dimakbulkan dan sambutan Hari Ibu telah dibuat secara rasmi di West Virginia. Pada waktu sambutan itu Anna M. Jarvis telah membuat dekorasi bunga Carnation sempena bunga kegemaran ibunya. Begitulah sejarah bunga Carnition dijadikan bunga rasmi sambutan hari ibu . Lazimnya Carnation Putih untuk penghormatan bagi ibu-ibu yang sudah tiada manakala Carnation Merah atau Merah Jambu untuk ibu-ibu yang masih ada.

Di negara-negara Arab juga menyambut Hari Ibu pada 21 Mac dan kita di Malaysia memperingatinya seperti kebanyakan negara lain iaitu pada Ahad kedua pada bulan Mei. Di negara kita juga ada penganugerahan Ibu Mithali yang diadakan setiap tahun oleh Yayasan Dakwah Islamiah bertujuan mengitiraf Ibu-ibu yang berjaya memberikan didikan kepada anak-anak dengan kasih sayang sambil menekankan aspek dunia dan akhirat.
Di Jepun juga sambutannya sapa dengan versi Amerika dan seluruh dunia iaitu pada Ahad kedua bulan Mei.

p/s: berdasarkan segala maklumat kat ats ni, antum boleh membuat penilaian masing2 tntg smbtn Hari Ibu ni.. for me..everyday is mother's day=) miss u ummie...love u..
 

Blog Template by YummyLolly.com