May 11, 2009



Assalamualaikum sahabat sahabiah sekalian... Seluruh dunia baru sahaja menyambut Hari Ibu or in english Mother's Day...=p

Tetapi, satu persoalan yg ingin sy tujukan buat sahabat2 sekalian..adakah antum mengetahui sejarah sebenar perayaan Hari Ibu ni? Atau menyambutnya atas dasar orang lain turut merayakannya?? Tepuk dada tanyalah hati..

Disini saya sertakan sedikit maklumat mengenai asal usul perayaan Hari Ibu. Moga dapat menjelaskan mengenai sejarah sebenar Hari Ibu..


Secara sejarahnya sambutan hari ini adalah berbeza mengikut tempat. Banyak pandangan dan pendapat mengatakan asalnya bermula pada zaman Mesir purba iaitu apabila masyarakat Mesir purba memberi penghormatan kepada Dewi Isis. Ada pula pandangan berkata Hari Ibu di sambut kerana kerana memperingati tradisi Roman yang juga memperingati Dewi Cybele dalam perayaan Phrygian Goddess Cybele. Di Greek pula ia mempunyai tradisi yang sama seperti Roman cuma sambutannnya terhadap Dewi yang bernama Rhea.

Di Eropah, kala permulaan era kristianiti, sambutan Mother Church dilakukan bagi menghargai gereja kerana pembaptisan. Sambutan ini dilakukan pada hari Ahad keempat Lent iaitu 40 hari selepas hari Ester.

Sejarah sambutan Hari Ibu yang kini dikenali di seluruh dunia pada hari minggu ke 2 bulan Mei berasal dari sambutan memperingati wanita bernama Anna Reeves Jarvis yang bermula pada tahun 1908. Kematian Anna Reeves Jarvis’s telah menyebabkan anak perempuannya Anna M. Jarvis memulakan kempennya untuk mewujudkan sambutan Hari Ibu secara rasmi. Dalam petisyennya kepada gereja di mana ibunya telah menghambakan diri untuk mengajar di kelas gereja setiap hari ahad, maka pada 10 Mei 1908, permintaannya telah dimakbulkan dan sambutan Hari Ibu telah dibuat secara rasmi di West Virginia. Pada waktu sambutan itu Anna M. Jarvis telah membuat dekorasi bunga Carnation sempena bunga kegemaran ibunya. Begitulah sejarah bunga Carnition dijadikan bunga rasmi sambutan hari ibu . Lazimnya Carnation Putih untuk penghormatan bagi ibu-ibu yang sudah tiada manakala Carnation Merah atau Merah Jambu untuk ibu-ibu yang masih ada.

Di negara-negara Arab juga menyambut Hari Ibu pada 21 Mac dan kita di Malaysia memperingatinya seperti kebanyakan negara lain iaitu pada Ahad kedua pada bulan Mei. Di negara kita juga ada penganugerahan Ibu Mithali yang diadakan setiap tahun oleh Yayasan Dakwah Islamiah bertujuan mengitiraf Ibu-ibu yang berjaya memberikan didikan kepada anak-anak dengan kasih sayang sambil menekankan aspek dunia dan akhirat.
Di Jepun juga sambutannya sapa dengan versi Amerika dan seluruh dunia iaitu pada Ahad kedua bulan Mei.

p/s: berdasarkan segala maklumat kat ats ni, antum boleh membuat penilaian masing2 tntg smbtn Hari Ibu ni.. for me..everyday is mother's day=) miss u ummie...love u..

May 1, 2009

Ancaman virus baru!!




Influenza Virus


BismiLlaahi Wal hamduliLlaah


Dalam 2 hari ni, berita2 di tv mahupun akhbar mula menghebahkan tentang kemunculan virus yang menyebabkan wabak selesema babi.


Pengkaji2 sedang cuba untuk mengkaji apakah virus ini sebenarnya. Setakat ini, seperti yang disebut dalam berita semalam, virus ini adalah campuran genetik (mutasi) antara virus manusia dan virus burung yang menjangkiti babi; yang menghasilkan 1 genetik yang belum pernah ditemui sebelum ini.


Mereka hanya menyebut virus ini sebagai "influenza-like virus" kerana mempunyai gejala2 yang hampir menyamai gejala yang disebabkan oleh virus influenza.


Hati-hati dengan gejala yang disebabkan virus baru ini:
1. Demam (fever)
2. Sakit2 seluruh badan (general body aches)
3. Batuk (cough)
4. Sesak nafas (dyspnea)


Setakat yang diberitakan semalam, bermula di mexico dengan angka kematian yang tinggi, merebak ke amerika, dan sudah masuk ke perancis dan juga new zealand melalui orang yang dijangkiti virus dan pulang ke negara tersebut.


Di New Zealand, seramai 25 guru dan pelajar di Auckland dikuarantin kerana mempunyai gejala (symptoms) yang disyaki disebabkan oleh virus baru ini.


Sama2 doakan padaNya agar kita semua selamat daripada wabak ini. Namun, bukankah sudah banyak virus dan penyakit merbahaya yang berkaitan dengan babi sebagai asbab? Apakah ini satu lagi amaran Allah untuk hamba2Nya yang jauh tersesat dibuai arus dunia?


Malaysia pula bagaimana? MOH sedang berbincang untuk mengambil langkah berjaga2 agar virus ini tak masuk dan disebarkan di Malaysia. Namun, kuasa ALlah mengatasi segalanya. Pohonlah padaNya, kerana kita hanyalah hamba yang lemah.


In conclusion,Islam is the way of life. Ingatlah, "Aslim Taslam".


Wassalam

http://abu-iffah.blogspot.com/

kisah marjerin



Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ia adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.

TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega?

Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru. Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai! Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.

Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan. Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan .

INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK! Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK . Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan). Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini: Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:
*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya.

Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda? BAGUSLA KALAU DAH TAHU..Sebar2kan supaya jumlah pesakit jantung & barah berkurang.

http://togetherweunite.blogspot.com/
 

Blog Template by YummyLolly.com