Oct 1, 2010

..hanya untukmu~

Assalamualaikum w.b.t..

post ni khas d tujukan bt shbtku tsyg merangkap anak mami^^,..hehe..
Sanah helwah tuk along,,along da tue..hehe


~nah, kek tuk along,,

Haa..da bley dftar ngundi nih,,t jgn lupa dftar ngundi ye syg..;p
Mami lmbt ag leh dftar..hukhuk..
tp nk ngundi gak,,haha ;D



Soo..by da way,,acik hadiahkn sajak ni tuk along..
Jom sme2 kte hayati yep..best sajak ni..


SAHABAT~


Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.


Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.


Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.


Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.


Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.


Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.


Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah. 


p/s : -bt anak2 mami, jga dri ye syg..mami syg kamu sume [sjak ble ntah jd mami nih..haha ] ;p 
       - best t0l dpt ngenat kamu ae 2..hehe..=D

Sep 18, 2010

~airmata untuknya??


Cinta kita hanya untuk Allah s.w.t…

Kerana tiada cinta yang lebih abadi melainkan cinta kerana Allah..cinta-Nya tidak pernah mendukacitakan..malah akan terus membahagiakan..percayalah..

Namun, apakah yang terjadi..

Jika di suatu malam yang sunyi..
Tiba-tiba kita menangis kerana seorang lelaki..
Akan hakikat kerana terlalu cinta akannya..

Namun, kenapa harus menangis kerananya??..

Hati ini cuba dibatukan, dibekukan kerana tidak mahu menangis kerana insan biasa sedangkan pautan kasih tangisan air mata hanya mahu disandarkan kepada Allah semata-mata..
Namun, titisan air mata masih juga mengalir..


Mengapa??
Adakah terlalu mencintainya?


Adakah telah melangkaui kasih kepada Allah sehingga lebih redha menangis kerana seorang lelaki sedangkan Allah jauh lebih Maha Agung dan lebih wajar air mata ini mengalir untuk-Nya?


Adakah air mata ini mengalir kerana terlalu cintakan seorang lelaki kerana lelaki yang hadir itu adalah hadiah daripada Allah s.w.t.?


Adakah air mata ini mengalir kerana terlalu cintakan seorang lelaki kerana lelaki yang hadir itu telah menghadirkan satu impak maksima kasih sayang dan cinta sesame manusia untuk kebahagiaan selama-lamanya sehingga ke Syurga kurniaan Allah s.w.t.?


Adakah air mata ini mengalir kerana terlalu cintakan seorang lelaki kerana lelaki yang hadir itu adalah petunjuk kasih sayang Allah untuk memberiku petunjuk kea rah kehidupan seorang insan solehah, seorang wanita yang terbaik buat dirinya dan bakal menjadi ibu buat anak-anak warisannya?


Adakah air mata ini mengalir kerana terlalu cintakan seorang lelaki kerana lelaki yang hadir itu mampu melengkapi kekurangan yang ada pada seorang wanita?


Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui akan ‘keanehan’ yang terjadi..

Dan sesungguhnya, aku tidak mengetahui mengapa aku menangis..

Kita hanyalah insan yang keliru dan sentiasa memerlukan bimbingan^^,

Ya Allah, tuntunlah hatiku dalam membuat pilihan dan keputusan..



~salam 'eidulfitri t0 all readers
~slmt meneruskn pgajian bt shbt2,,j0om..pulun esymEn~ 

Jun 11, 2010

~090610 ^^,


Assalamu’alaikum w.b.t..buat sahabat-sahabat sekalian..moga kalian sihat wal’afiat hendaknya..


Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian daku tujukan kehadrat Allah kerana masih di beri kesempatan dan peluang untuk menatap bumi-Nya yg menghijau, langit-Nya yang membiru..


dan


masih lagi dapat menghirup udara seterusnya membekalkan oksigen bagi keperluan hamba-Nya ini..Alhamdulillah..dan masih juga diberi kesempatan dan masa untukku terus bbakti pada agama bagi meneruskan sisa perjuangan baginda tercinta, Amirul Mukminin Muhammad s.a.w..dan dapat terus menabur bakti buat mak dan ayah tersayang..


Pagi td, seusai srapan dan mgemas rumah, mak ttiba pggil n kata “k.long jom kte g maen tanah..g care pokok, cabut2 rmput..maren x jd dh..” begitu la lbey kurg..hehe..k.long pn blas “erm..ok la..jom r..hehe”…then mak pn ajk jgk adeq yg tsgt ‘rajin’ tu join skali..=p


Kmi pun pegi la kat suatu sdut yg ada tanam pkok2 bnga sket kat c2..ada pkok puding merah, daun kesom n 2 3 jenis pkok lg..tgok2 kat c2..hmm..byknye rumput x cbut..[weee~ ada pacat x ea?? Hehe..skdar iklan jew ni ;p]..



kmi pun cabut la rumput2 yg ada kat c2..adeq tlg kutip sket2..pas2 tlg gmburkn tanah..cantas pkok sdkit sbyk..t time raya cantik la ni [kata mak..hehe]..tgah2 duk cabut2 rumput 2..tetiba..



Jeng..jeng..jeng…



nak tau x ??



hehe..;p



tetiba


tlintas kat benak hati ni..



agaknya camni la hati kita klau x jaga ngan elok..abes layu..kuyu..x berseri..x bermaya..
hati jd layu..nau’zubillah..


ye la..klu pkok mesti layu klau x dpat pgjagaan yg elok dan rapi..tmbh plak klau x d siram ngan air dan x d baja..makin hari makin layu la jawabnya..then akhirnya..MENYEMBAH BUMI..trus TERKUBUR buat slama-lamanya bsama debu-debu tanah..


hati manusia pun sama..klau x d jaga dgn elok..x disiram dgn zikir-zikir munajat dan pringtn, x d baja dgn alunan kalamullah dan ibdt2 sunat..x diisi dgn sirah-sirah perjuangan nabi-nabi dan para sahabat..layu lah hati itu..gersang lah jiwa itu..dan mati lah ia..MATI??..x mustahil hati kta akn mati..andai x dijaga dgn seeloknya..


 
Ya Allah,,moga hati-hati kami terus hidup..


Dalam pd tu gak..mase cabut2 rmput 2..ttiba terasa hinanya diri ni..siapa lah aku pada pndgn Sang Pengcipta, Allahu Rabbul Jalil..kta pn asal drpd tanah..n tanah jgak yg slalu kta pijak2 kn..lihatlah..sedarlah..knpa perlu ada rsa bgga walhal kta semua adalah sma..last2 6t kat tanah 2 jgak kta tkubur kn..yg mbezakn kta adalah taqwa kpd Allah,,smkin bertaqwa seseorg itu..smkin tggi la drjatnya..mg kta tgolong dlm golgn org2 btaqwa..=)


Then..


 
Mak pun ada pesan..jgn la ada sifat ananiyah dlm dri..ape tu ananiyah?? ananiyah ni prasaan keakuan or bhasa mudahnya ‘EGO’..mnurut kta mak td la..jgn la kta ni ego sgt..xde guna ada rsa ego 2..t makan dri kta sndri..


 
Hmm..nyway,,pagi yg sgt ‘TERISI’ bersama mak dan adeq..thnks to b0th of you..uhibbukuma jiddan..


p/s : nantikn post yg sterusny yep..


++ x lupe jge,, slamat bercuti buat shbt2 IPG yg bcuti slama 3 mggu..isi la masa cuti dgn sebaeknya..jgn tdow jew..hehe..


++ jaga diri,,jga iman,,jaga hati kalian ye..tke cre~


Wassalam..^^,
 

Blog Template by YummyLolly.com