Sep 18, 2010

~airmata untuknya??


Cinta kita hanya untuk Allah s.w.t…

Kerana tiada cinta yang lebih abadi melainkan cinta kerana Allah..cinta-Nya tidak pernah mendukacitakan..malah akan terus membahagiakan..percayalah..

Namun, apakah yang terjadi..

Jika di suatu malam yang sunyi..
Tiba-tiba kita menangis kerana seorang lelaki..
Akan hakikat kerana terlalu cinta akannya..

Namun, kenapa harus menangis kerananya??..

Hati ini cuba dibatukan, dibekukan kerana tidak mahu menangis kerana insan biasa sedangkan pautan kasih tangisan air mata hanya mahu disandarkan kepada Allah semata-mata..
Namun, titisan air mata masih juga mengalir..


Mengapa??
Adakah terlalu mencintainya?


Adakah telah melangkaui kasih kepada Allah sehingga lebih redha menangis kerana seorang lelaki sedangkan Allah jauh lebih Maha Agung dan lebih wajar air mata ini mengalir untuk-Nya?


Adakah air mata ini mengalir kerana terlalu cintakan seorang lelaki kerana lelaki yang hadir itu adalah hadiah daripada Allah s.w.t.?


Adakah air mata ini mengalir kerana terlalu cintakan seorang lelaki kerana lelaki yang hadir itu telah menghadirkan satu impak maksima kasih sayang dan cinta sesame manusia untuk kebahagiaan selama-lamanya sehingga ke Syurga kurniaan Allah s.w.t.?


Adakah air mata ini mengalir kerana terlalu cintakan seorang lelaki kerana lelaki yang hadir itu adalah petunjuk kasih sayang Allah untuk memberiku petunjuk kea rah kehidupan seorang insan solehah, seorang wanita yang terbaik buat dirinya dan bakal menjadi ibu buat anak-anak warisannya?


Adakah air mata ini mengalir kerana terlalu cintakan seorang lelaki kerana lelaki yang hadir itu mampu melengkapi kekurangan yang ada pada seorang wanita?


Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui akan ‘keanehan’ yang terjadi..

Dan sesungguhnya, aku tidak mengetahui mengapa aku menangis..

Kita hanyalah insan yang keliru dan sentiasa memerlukan bimbingan^^,

Ya Allah, tuntunlah hatiku dalam membuat pilihan dan keputusan..



~salam 'eidulfitri t0 all readers
~slmt meneruskn pgajian bt shbt2,,j0om..pulun esymEn~ 
 

Blog Template by YummyLolly.com