Nov 2, 2009

Iman Semut VS Iman Manusia

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apaka engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".
Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi Allah Sulaiman tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut.
Lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".
Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiridan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
# Itulah Iman Semut !!!

~Iman manusia ?

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.
Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".
Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah s.w.t. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".
Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.
Itulah iman manusia (kita) !!!

Oct 31, 2009

Jalan pulangku...menuju cinta-Nya


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tundukku Malu Didepanmu
Kernaku Insan Berdosa
Kuadukan Sesalanku
Apakah Kan Kau Terima

Kesunyian ini Sedarkan Diriku Yang Lena
Tinggalkan Semalam Yang Nanah
Lantas Meratap Hina Kan ku Pada Sempurnamu
Terpaut aku Tak Berpaling

ku Bersyukur Hanya Padamu Tuhan
Kau Temukan Laluan Bermula
dan Cintamu Bagai Air Di Tandus Sahara
Yang Melepaskan Dahaga

Suburkan Cahaya Menerangi Langkahku
Semaikan Segala Hiasan Indah Cintamu

ku Bersyukur Hanya Padamu Tuhan
Kau Tunjukkan Laluan ku Pulang
dan Cintamu Bagai Air Di Tandus Sahara
Yang Melepaskan Dahaga

ku Mohon Kau Tenangkan Gusar Hatiku Yang Rawan
Bimbang Kau Singkirkan Taubatku
Kurayu Kau Hulurkan Keampunanmu Padaku
Kelakku Zalimi Diriku

Janjiku Padamu Abdikan Seluruh Jiwa
Sehingga Masanya Kau Seru Hujung Nyawakux2

Ku Bersyukur Hanya Padamu Tuhan
Kau Tunjukkan Laluan ku Pulang
dan Cintamu Bagai Air Di Tandus Sahara
Yang Melepaskan Dahaga

Tak Jemu Dimanakah Hentinya Rayuan Taubatku Padamu

p/s : hayatilah nasyid ni ye..best sgt!

Sep 17, 2009

سلام عيد الفطري


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Ramadhan semakin meninggalkan kita..

Ramadhan semakin meninggalkan kita dlm beberapa hari shj lg..begitu pantasnya masa berlalu dek kesibukan hal-hal keduniaan tanpa disedari Ramadhan hampir ke penghujungnya..

Biarpun Syawal yg bkal menjelma smkn dekat, adkah kita sdh bpuas hati dgn sgl amaln yg d lakukn sepanjag Ramadhan ini? Adakah Ramadhan kali ini berjaya menjadi madrasah tarbiyah yg bkesan buat diri kita??

Sahabat2 skalian, adkh Ramadhan kali ini mampu mmbawa satu titik prubahan dlm diri kita? untk menilai sejauh mana Ramadhan kali ini berkesan terhadap diri kita, lihatlah sebaik shj Syawal menjelma dan bln2 seterusnya..adakah amal ibdh sepanjang bln Ramadhan ni dapat kita teruskan untk bln2 seterusnya..

Ingtlah shbt2, rugilah bg org2 yg x dpt menjadikan Ramadhan sbgai 1 medan pentarbiyahan buat rohani dan jasmaninya..rugilah bg org2 yg x dpt menjadikan Ramadhan sbgai 1 titik perubahan buat dirinya..

Shbt2, teruskanlah beramal ibdh sebagaimana bsemangatnya kita beribadah di sepanjang bln Ramadhan..yg pntg adalah kualiti ibdah kita bukan kuantitinya.. istiqamah dan ikhlaskanlah diri dlm beribadah..

p/s: JOM MUHASABAH DIRI!

Aug 7, 2009

Doa panjang..

Alkisahnya bermula apabila seorang lelaki, Aiman btemu dgn shbtnya,Din yg bru pulang dr Timur Tengah. Sahabatnya itu bru slesai mbaca doa dlm satu mjls di kwsn kdiaman mrk. Maka, tjadi la 1 pbualn antr mrk:

[Aiman] : Doa pe yg kau bc pnjg sgt?

[ Din ] : adalah...

[Aiman] : x sngka kau jd alim skrg ek..

[ Din ] : bkpe plop kte g2?

[Aiman] : yelah..siapa sgka kau smpt bljr agma kt sne. tp, bukn ke kau d hntr ke
sne tuk bljr sains?

[ Din ] : hisy.. ckp 2 plahan2 r skit..6t pecah rhsia..

[Aiman] : knp?

[ Din ] : kt sne aku x bljr agma pun..aku f0kus study jew..

[Aiman] : abes 2..kau bce doa ape pnjg bjela2 td?

[ Din ] : 2 sbnrnya bkn d0a..

[Aiman] : abes..ape??

[ Din ] : cerita arnab dn kura2 lam bhs arb!



tamatlah sudah critenye..(*_*)

Moral of da st0ry :-

+ yg jahil hnya dpt tipu org yg jahil juga
+ ajrn agama yg jadi amalan ritual semata2 tnpa kfahaman yg mndalam n hujah yg kuat amat mudah d slewengkan
+ beware of si jahil yg mnipu..

Jul 20, 2009

Muslimah..

MUSLIMAH YANG DIKASIHI… …
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI… …
Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI… …
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.


MUSLIMAH YANG DIKASIHI… …
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI… …
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu. Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.


MUSLIMAH YANG DIKASIHI… …
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu. Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu

Jul 5, 2009

Along, angah dan adeq...

Anak Sulung:
1.Merupakan tonggak kepada ibu bapa kerana selepas ketiadaan mereka,anak sulung akan mengetuai adik-adiknya.
2.Anak sulung seorang yang suka berdikari.Tetapi awas,mereka juga kadang-kadang mengharapkan pertolongan orang lain.Senang kata,berdikari kerana terpaksa.Yelah sebab anak sulung kan.
3.Anak sulung orang kata suka buli adik-adik dia?Benarkah?Jika nak tahu,anak kedua lebih suka membuli yang lebih kecil darinya.
4.Anak sulung nampak tegas tetapi sebenarnya mereka sangat lembut hatinya.Hati mereka lebih mengikut hati ibu bapa mereka kerana "bond" mereka dengan ibu bapa mereka lebih rapat kerana ibu bapa mereka mendidik dan mengasuh mereka dengan penuh kasih sayang. Maklumlah anak pertama dalam keluarga,semuanya dicurahkan sebelum lahirnya anak yang lain.
5.Oleh sebab itu,banyak anak sulung sangat manja lebih-lebih lagi pada ibunya.Mereka manja secara senyap tanpa menampakkan secara zahir di hadapan adik beradik yang lain. Mahu control macho katakan.HeHeHe.
6.Lebih berfikiran jauh dan matang serta lebih berhati-hati dalam segala hal.
7.Anak sulung lelaki akan jadi sangat akrab dengan adik lelakinya.Tetapi mereka tegang dengan adik perempuan di bawahnya lebih-lebih lagi si Angah (perempuan).
8.Anak sulung tak suka hidup mereka di control.Suka sesuatu yang mencabar.
9.Menjadi contoh kepada adik-adik yang lain.Kebanyakkan anak sulung yang berjaya melahirkan adik-adik yang berjaya juga.Begitu juga dengan sebaliknya.
10.Kenapa si along kurang selesa dengan si angah?Kerana setelah si angah dilahirkan, kasih sayang ibu bapa pada along dikurangkan.Maka along jeles.Yekah?HeHe...
Anak Kedua (Angah):
1.Anak kedua kalau diikutkan merupakan anak yang paling bijak.Paling menonjol dan paling terkehadapan dalam segala hal.
2.Tetapi AWAS!Mereka merupakan anak yang paling nakal dan degil dalam banyak adik beradik.
3.Suka control orang lain dan mahukan orang lain mendengar kata-katanya.
4.Boleh hidup berdikari dan boleh cari duit sendiri walaupun dalam usia yang muda.
5.Pada mulanya menjadi harapan kepada keluarga,kemudian kurang menyerlah kerana mereka nakal dan degil dalam kebijakan yang dimiliki.
6.Sangat sukar diberi nasihat dan teguran.Degil kot.
7.Mudah berdampingan dengan ibu berbanding ayah.
8.Seteru kepada along.Tetapi tak semuanya seperti ini.Slaing bersaing untuk tunjukkan siapa yang lebih bijak dan baik.
9.Even mereka ni degil,jauh di hati mereka,lembut orangnya.Cuma kena dalami dan cari cara bagaimana nak lembutkan hatinya.Kalau tahu caranya,pasti mudah tundukkan mereka.
10.Mereka lebih arif dalam menyusun masa depan mereka.Sebab itu sekarang ramai Angah berkahwin awal dari alongnya.Tapi elok berkahwin awal bukan?
Anak Bongsu:
1.Paling Manja dengan ibunya!
2.Paling pendiam dan suka memendam rasa kecuali pada ibunya.
3.Penceria dalam adik beradik.
4.Suka menurut perintah abang dan kakaknya.
5.Bijak juga tetapi terkebelakang sedikit dari angahnya.Lebih suka bersuka ria.
6.Paling lama nak berpisah atau tidak sekatil dari ibunya.Umur 10-12 tahun baru berpisah dari tempat tidur ibunya.Manja katakan.HeHeHe.
7.Suka buat abang dan kakak mereka jeles dengan apa yang mereka miliki.
8.Tetapi ramai yang tidak tahu,golongan bongsu sangat hidup berdikari walaupun mereka manja kepada ibu dan ayah mereka.Kalah abang dan kakak mereka.Yelah mahu menunjukkan bahawa diri mereka juga boleh berdikari seperti abang mereka.
9.Tak semestinya abang/kakak mereka berjaya dalam hidup,mereka juga menuruti jejak langkah mereka.Dan tak juga abang/kakak tak berjaya dalam hidup,mereka juga tak berjaya seperti mereka.Tidak.
10.Paling cepat menyusuaikan diri dengan keadaan hidup yang baru dan mencabar.Tapi anak bongsu paling cepat putus asa.Betulkah?

p/s :Assalamualaikum...sume mklmt kat ats ni ana dpt dr 1 blog...ntuk percaya ke x tntg sume kt ats ni bgantung pd antum sume yg penting pe yg elok kte jdkn teladan n pe yg x elok kte jdkn sbg iktibar tuk memandu diri kte ke arah yg lbih baik...2 all ank sulung...best 0f luck fr0m me...moga bjaya mendidik adik2mu..jdlah se0rg abg/kakak yg boleh dic0nt0hi oleh adik2..wallahu'alam..

Ku Cari Cinta-Mu Tuhan

Ku cari cintaMU Tuhan

Antara beribu-ribu cinta
aku hilang dalam kealpaan
aku tewas dalam keseronokan
aku tersungkur dalam tawa syaitan

inilah aku ya Tuhan
tersedu menangis di depanMu
jernih airmataku menitis
tetapi tak terhilang dosa yang bertabur
menghitam hatiku

masih adakah waktu
untuk aku kembali mendekatiMu
mengalun lagu rindu
seperti waktu dahulu

sudikah Kau Tuhanku
menyapa hatiku kembali
dengan Nur hidayah dan taufikMu
sedang aku
terkapar lemas di sini
menghitung dosa-dosa
yang berpasir sepanjang langkah hidup ku ini

May 23, 2009

Nasi+ayam+sup+sayur+sambal lada+sambal kicap=??

Assalamualaikum...

Mesti antum semua tertanya2 knp title post kali nie berkisar tntg mknn kn...just mengimbas kembali kenangan bersama sahabat2 membuat nasi ayam kat umah ummie(bel0ved ummie, Puan Rosliza) and husbandnye Encik Yunus bru2 nie...

Satu xtvt tutorial yg sukar tuk ana lupakan...alfun mabruk tuk ketua tutorial, thi and of c0urse pn0l0ngnye skali..che n0r..ats kjayaan xtvt tsebut... xtvt yg telah agk lame d rancang(k0n0nnye laa..)diserta dgn beberapa maslh(mslh pe ek??) namun...berkat usha n d0a sume..bjaya jugak d teruskan dlam ksibukan mghadapi final exam tuk sem 2 nie..

Yg paling sukar tuk ana lupakn...kite sme2 mrancang nk msak nasi ayam( mcm terr0r je sume)..he3..kerjasama stiap org dlm mghasilkan nasi ayam mmg mantop2 blake...idea2 yg bernas d luahkan agar nasi ayam yg tbaek dpt d hasilkn...



Alhamdulillah...akhirnya nasi aym yg d hasilkan adlh campuran plbagai mazhab... tuk buat nasi sje pun da byk mazhab..apatah lg yg len2..hik3...ada mzhb kuala krai..ada mzhb pulau serai..ada mzhb rantau pnjg...n x lupe mzhb bukit payung( nk jugak...hehe). Walaupun begitu..nasi aym yg terhasil 2 kre bt0l2 mcm nasi aym laa...but atas antum sume r plak nk bg a ke..b ke..0r c...

x lupe gak buat shbt2 yg brtungkus lumus mnyediakn 'p0pia paibiba'...waahh..mmg terr0r r korg sume buat p0pia...6t bley r kte bukak kedai p0pia sebelah kedai p0k ping ek (amiin..)..



Pembuat air pun ape kurangnye..air best2 blake...smpai ada yg bgkus singobeng wak balik hostel (ye ke?)...wallahua'lam...

D sebalik sume yg berlaku 2..ana ada terfikir (nie sbnrnye yg ana nk bgtau)...kerjasama antr kte sume bleh d katekan agk mant0p la..masing ad kpakaran yg tersendiri...ada yg berkemahiran memask..ada yg berkemahiran mmbuat p0pia..ada yg mahir mmbuat sing0beng...x lupe..ada yg 'expert' memandu (xde pemandu yg expert ni nmpknye x smpai2 la kat umah ummie)..ada yg pndai bersih ayam..p0t0ng sayur..p0t0ng buah..buat sambal lada n sambal kicap n laen2 lagi... g0od c0operation la katekan...

tapi alangkah bagusnya jika...kerjasama umat islam pun semant0p begitu kn..masing2 bekerjasama nk bgunkan Islam d mata dunia...dengan kepakaran2 tertentu...ada yg mahir dlm bidang ilmu..ada yg mahir dlm bidang kewangan...ada yg mahir dlm bdg p0litik...bidang ketenteraan, bidang ked0ktoran, bidang tekn0l0gi n mklumat, bidang pertukangan and byk lagi laa..



Apabila sume bergabung...pastinye Islam kan d pandang tinggi...dan sudah pasti musuh Islam kn gerun terhadap Islam...ibarat nasi ayam yg di hasilkan dgn kerjasama sume...belum di rasa sudah terasa keenakannya...

Ayuhlah shbt2 ku...same2 la kte bersatu menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini...same2 la kte berganding bahu membangunkan syiar Islam...(especially kat ipgmkdri nie)..InsyaAllah (Ya Allah..bantulah kami..)

Alangkah enaknya kte bersama-sama menyantap nasi ayam yg d hasilkan 2...

May 18, 2009

Imtihan....

Selamat menempuhi peperiksaan buat sahabat-sahabiah sekalian terutamanya clasmateku...student ppismp pai/bi/ba sem 2, ipgmkdri...all da best 2 u..arap2 kte sume jd best student tuk sem ni ek...man jadda wajada...illalliqa'...ma'assalaamah..

May 12, 2009

Nilai kasih seorang ibu...


Assalamualaikum...
Here, i want 2 share s0mething 'bout mother's love. I got it from my fwen.."man_ana"..syukran kathir ya s0habi.. Hope dat we'll learn s0mething fr0m it..

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
Tolong pergi kedai $4.00
Tolong jaga adik $4.00
Tolong buang sampah $1.00
Tolong kemas bilik $2.00
Tolong siram bunga $3.00
Tolong sapu sampah $3.00
Jumlah : S$17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.



Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.
Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."
'love your God and your parents before u love somebody'

May 11, 2009



Assalamualaikum sahabat sahabiah sekalian... Seluruh dunia baru sahaja menyambut Hari Ibu or in english Mother's Day...=p

Tetapi, satu persoalan yg ingin sy tujukan buat sahabat2 sekalian..adakah antum mengetahui sejarah sebenar perayaan Hari Ibu ni? Atau menyambutnya atas dasar orang lain turut merayakannya?? Tepuk dada tanyalah hati..

Disini saya sertakan sedikit maklumat mengenai asal usul perayaan Hari Ibu. Moga dapat menjelaskan mengenai sejarah sebenar Hari Ibu..


Secara sejarahnya sambutan hari ini adalah berbeza mengikut tempat. Banyak pandangan dan pendapat mengatakan asalnya bermula pada zaman Mesir purba iaitu apabila masyarakat Mesir purba memberi penghormatan kepada Dewi Isis. Ada pula pandangan berkata Hari Ibu di sambut kerana kerana memperingati tradisi Roman yang juga memperingati Dewi Cybele dalam perayaan Phrygian Goddess Cybele. Di Greek pula ia mempunyai tradisi yang sama seperti Roman cuma sambutannnya terhadap Dewi yang bernama Rhea.

Di Eropah, kala permulaan era kristianiti, sambutan Mother Church dilakukan bagi menghargai gereja kerana pembaptisan. Sambutan ini dilakukan pada hari Ahad keempat Lent iaitu 40 hari selepas hari Ester.

Sejarah sambutan Hari Ibu yang kini dikenali di seluruh dunia pada hari minggu ke 2 bulan Mei berasal dari sambutan memperingati wanita bernama Anna Reeves Jarvis yang bermula pada tahun 1908. Kematian Anna Reeves Jarvis’s telah menyebabkan anak perempuannya Anna M. Jarvis memulakan kempennya untuk mewujudkan sambutan Hari Ibu secara rasmi. Dalam petisyennya kepada gereja di mana ibunya telah menghambakan diri untuk mengajar di kelas gereja setiap hari ahad, maka pada 10 Mei 1908, permintaannya telah dimakbulkan dan sambutan Hari Ibu telah dibuat secara rasmi di West Virginia. Pada waktu sambutan itu Anna M. Jarvis telah membuat dekorasi bunga Carnation sempena bunga kegemaran ibunya. Begitulah sejarah bunga Carnition dijadikan bunga rasmi sambutan hari ibu . Lazimnya Carnation Putih untuk penghormatan bagi ibu-ibu yang sudah tiada manakala Carnation Merah atau Merah Jambu untuk ibu-ibu yang masih ada.

Di negara-negara Arab juga menyambut Hari Ibu pada 21 Mac dan kita di Malaysia memperingatinya seperti kebanyakan negara lain iaitu pada Ahad kedua pada bulan Mei. Di negara kita juga ada penganugerahan Ibu Mithali yang diadakan setiap tahun oleh Yayasan Dakwah Islamiah bertujuan mengitiraf Ibu-ibu yang berjaya memberikan didikan kepada anak-anak dengan kasih sayang sambil menekankan aspek dunia dan akhirat.
Di Jepun juga sambutannya sapa dengan versi Amerika dan seluruh dunia iaitu pada Ahad kedua bulan Mei.

p/s: berdasarkan segala maklumat kat ats ni, antum boleh membuat penilaian masing2 tntg smbtn Hari Ibu ni.. for me..everyday is mother's day=) miss u ummie...love u..

May 1, 2009

Ancaman virus baru!!




Influenza Virus


BismiLlaahi Wal hamduliLlaah


Dalam 2 hari ni, berita2 di tv mahupun akhbar mula menghebahkan tentang kemunculan virus yang menyebabkan wabak selesema babi.


Pengkaji2 sedang cuba untuk mengkaji apakah virus ini sebenarnya. Setakat ini, seperti yang disebut dalam berita semalam, virus ini adalah campuran genetik (mutasi) antara virus manusia dan virus burung yang menjangkiti babi; yang menghasilkan 1 genetik yang belum pernah ditemui sebelum ini.


Mereka hanya menyebut virus ini sebagai "influenza-like virus" kerana mempunyai gejala2 yang hampir menyamai gejala yang disebabkan oleh virus influenza.


Hati-hati dengan gejala yang disebabkan virus baru ini:
1. Demam (fever)
2. Sakit2 seluruh badan (general body aches)
3. Batuk (cough)
4. Sesak nafas (dyspnea)


Setakat yang diberitakan semalam, bermula di mexico dengan angka kematian yang tinggi, merebak ke amerika, dan sudah masuk ke perancis dan juga new zealand melalui orang yang dijangkiti virus dan pulang ke negara tersebut.


Di New Zealand, seramai 25 guru dan pelajar di Auckland dikuarantin kerana mempunyai gejala (symptoms) yang disyaki disebabkan oleh virus baru ini.


Sama2 doakan padaNya agar kita semua selamat daripada wabak ini. Namun, bukankah sudah banyak virus dan penyakit merbahaya yang berkaitan dengan babi sebagai asbab? Apakah ini satu lagi amaran Allah untuk hamba2Nya yang jauh tersesat dibuai arus dunia?


Malaysia pula bagaimana? MOH sedang berbincang untuk mengambil langkah berjaga2 agar virus ini tak masuk dan disebarkan di Malaysia. Namun, kuasa ALlah mengatasi segalanya. Pohonlah padaNya, kerana kita hanyalah hamba yang lemah.


In conclusion,Islam is the way of life. Ingatlah, "Aslim Taslam".


Wassalam

http://abu-iffah.blogspot.com/

kisah marjerin



Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ia adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.

TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega?

Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru. Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai! Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.

Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan. Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan .

INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK! Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK . Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan). Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini: Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:
*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya.

Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda? BAGUSLA KALAU DAH TAHU..Sebar2kan supaya jumlah pesakit jantung & barah berkurang.

http://togetherweunite.blogspot.com/

Apr 27, 2009

waktu itu semakin menghampiri...

Detik Kematian
Album : Nur Insani
Munsyid : Inteam
http://liriknasyid.com



Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

[C/O]
Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?

p/s: sahabat2, kita semua semakin hari semakin menghampiri saat kematian...cuma yang belum pasti...bilakah saat itu akan datang?? ayuhlah sahabat2 sekalian...perbanyakkanlah amalan2mu sebelum saat itu menjelma...

Apr 24, 2009

Tahap-tahap tidur




Tubuh manusia telah diatur sedemikian rupa dimana setiap organnya memiliki waktu untuk beristirehat dan pemulihan. Pada saat tidur, semua otot beristirehat dan sistem saraf kita dibebaskan dari segala ketegangan, kekerasan yang sering terjadi tiap-tiap hari. Inilah saatnya dimana tubuh memperbaiki dirinya. Penelitian tentang tidur telah menunjukkan bahwa tidur tidak saja merupakan satu keadaan tidak sedar; tetapi sesungguhnya mengandung 2 jenis tidur yang berbeza:

1. Non-Rem Sleep (NREM): tidur dimana mata tidak bergerak dengan cepat.

2. REM Sleep: Tidur dimana mata bergerak dengan - cepat waktu mimpi.

Tahap 2 ini timbul dengan pola siklus yang teratur , ditandai oleh variasi kelelapan tidur dan variasi gelombang otak gerakan mata dan otot.
Cara tidur NREM memberikan pemulihan dan ketenangan secara keseluruhan pada tubuh dan otot-otot. Suhu tubuh dan tekanan darah menurun. Nafas menjadi teratur dan lambat. Permulaan tidur (tingkat 1) merupakan saat-saat mengantuk, dan akfifitas/kegiatan otak sama seperti yang terlihat pada orang yang tidak sedang tidur.
Tingkat 1 merupakan tingkat yang sangat tenang dan seperti bermimpi, tetapi anda masih sedar akan keadaan sekeliling anda. Sementara otot-otot terasa tenang, seringkali otot-otot tersebut menyentak dan bergerak secara refleks. Beberapa orang terbangun dengan hentakan yang keras. Keadaan ini disebut "myoclonic jerk" dan ini sama sekali tdak menyakitkan.
Ketika tidur secara berangsur menuju pada tahap yang ke II, perubahan pada gelombang otak dapat terlihat, dimana gelombang tersebut menjadi lebih lambat.
Tahap ke II dan III adalah tahap yang menuju pada tingkat tidur yang sesungguhnya. Anda tidak akan sedar terhadap sekeliling anda - tetapi dapat terbangun dengan mudah. Kira-kira 40 minit setelah tahap I anda akan memasuki tahap ke IV, tahap dimana keadaan tidur yang sangat sulit/sukar untuk bangun. Tahap ini adalah tahap pemulihan, penenangan dan tahap beristirehatnya fizik tubuh. Tahap IV ini bertanggungjawab pada setiap kegiatan buruk tidur yang bisa saja terjadi; dalam tahap ini bisa saja orang mendengkur, anak-anak mengompol dan tidur sambil berjalan.
Pada akhir 90 menit dari tidur secara total, anda akhirnya kembali pada tahap tidur yang lebih ringan yaitu tahap I. Tetapi gantinya memasuki tahap I kembali, anda memasuki tahap REM (Tidur mimpi). Ciri-ciri dari REM termasuk sentakan otot, penenangan, tekanan darah dan tidak teraturnya urat nadi. Seluruh siklus ini berulang 4 sampai 6 kali dalam satu malam. Setiap orang bermimpi pada keadaan tidur REM, walaupun mimpinya itu tidak dapat diingat. Sama seperti pada tahap IV dimana tidur dapat menenangkan anda secara fisik, maka tidur REM menenangkan anda secara mental dan sangat penting untuk belajar dan menghapal. Jadi, tidur yang cukup pada saat pengambilan keputusan atau masalah penting bisa menjadi suatu hal yang sangat baik.

Kekurangan REM lebih menjengkelkan dan tidak menenenangkan daripada kekurangan NREM. N. R. Culler don H B Cohen, dalam "The Effect of One Night's Sleep Loss on Moods and Memory in Normal Subjects," mengidentifikasikan bahwa studi yang dilakukan pada orang-orang yang kehilangan tidur mengakibatkan orang tersebut menjadi kurang dapat berintegrasi dengan baik dan kurang efekfif. Mereka menunjukkan tanda-tanda kebingungan, curiga dan mudah menyerah. Mereka terlihat khuatir, tak merasa aman dan lekas marah, dan mereka memiliki geiala-gejala peningkatan selera makan dan peningkatan berat badan secara pasti. Kekurangan tidur pada tahap ke IV, juga menyebabkan orang mengalami banyak kerugian. Secara fizik mereka merasa tidak nyaman, cenderung menarik diri dari lingkungan sosial dan teman-temannya, tidak agresif dan tidak ramah, dan menunjukkan adanya keluhan-keluhan fizik dan perasaan. Penelitian menunjukkan bahwa tidur nyenyak lebih penting dari (tidur) bermimpi. Dengan kata lain, keperluan tidur nyenyak dipenuhi terlebih dahulu, setelah keperluan mimpi dipenuhi. Tubuh cuba membangun kembali keseimbangan normalnya diantara tahap-tahap tidur tersebut.
Tidur pada siang hari tidak memiliki ritme/irama yang sama dengan tidur di malam hari. REM lebih menonjol selama tidur pagi dan tidur tahap IV (tidur nyenyak) lebih menonjol di malam hari.
Tiap-tiap orang membentuk sendiri pola tidurnya, yang berubah-ubah dari malam ke malam dan juga dipengaruhi oleh emosi dan fisik orang tersebut.



p/s :kenalilah tidur anda...adakah tidur anda berkuantiti atau berkualiti?? fikir-fikirkan..

Apr 23, 2009

usrah bukan sekadar kepit buku agama...


Salam setulus mahabbah buat sahabat2 sekalian...
Usrah bagi naqibah pelapis pada minggu ni sgt mnarik.
kebiasaannya, kami akn mntadabbur beberapa ayat Kalamullah yang serba indah. Malah akan diteruskan dgn pengisian oleh naqibah tersyg. Kdg2 diri ini terpaksa bertarung dgn hasutan syaitan yg mampu merebahkan sisa perjuangan dlm diriku ini. Namun.. pengisian usrah pd mggu ini berbeza sekali. kami telah diajar membuat blog msg2. Satu ilmu yg amat bermanfaat bagiku.Moga hati2 kita akan terus bertaut di alam maya ini. Moga kasih Allah sentiasa bersama kita. Ya Allah..permudahkanlah kami untuk berjuang di jalan-Mu..permudahkanlah segala urusan kami Ya Rabbi..

Apr 22, 2009

Untungnya orang bercinta...


Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah kerana mendapat perhatian, cinta dan kasih sayangNya. Istimewanya orang yang bercinta dengan Allah dan mendapat balasan cintaNya, seluruh isi langit dan bumi akan turut mencintainya. Dia menjadi kekasih Allah manakala orang yang mencintainya turut mendapat kecintaan daripada Allah pula. Orang yang mendapat kecintaan Allah hidup bahagia dan tenang ketika di dunia lagi. Di akhirat Allah akan berikan kebahagian yang abadi. Begitulah istimewanya orang yang bercinta dengan Tuhan yang Maha Pencinta itu. Kita pasti tidak mahu gagal dalam bercinta. Agar cinta kita berbalas, bercintalah denganNya, Tuhan yang Maha Pencinta itu dengan curahan cinta agung. Pasti akan mendapat balasan cinta yang istimewa dariNya. Usahkan di akhirat, di dunia lagi, terasa di hati balasan cintaNya.Rasulullah pernah bersabda :- Cintailah sesuatu itu sekadar saja. Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu seketika Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja.. berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika nanti...


Apa erti dilahirkan?

Apa ertinya dilahirkan?ada orang kata jika langit di turunkan kebawah maka musnahlah kita... oleh kerana kelajuan angin membawa awan selaju 200KM/jam ...Jika gunung rendah sikit maka kita akan kemarau..... .(krn ia menahan hujan)Jika kerak bumi retak melimpahlah api panas yang membunuh....Jika angin tidak meniupkan debu ke laut maka tiadalah Hujan....Apa ertinya hidup?Sel-sel badanKu diciptakan dengan sungguh komplex....sebenih sperma hina iaitu aku ketika kecil membawa maklumat untuk satu sistem tubuh badan yang sempurna...maklumat menentukan panjang tulang dadaku..(jika terlebih panjang maka koyaklah otot dadaKU)..Waktu kecil orang selalu cakap kepala ku besar....rupanya2 tulang kepalaKu tumbuh berkadar terus dengan pertumbuhan otak.. jika tulang kepala lambat dari pertumbuhan otak.. maka pasti aku mati kerana ruang untuk otak ku tak cukup ...dan tekanan otak terlalu kuat ...Siapa menentukan NYa?Siapa menentukan susu dikeluarkan IBU mempunyai antibody?Siapa yang mengetahui ketika kecil aku tidak bergigi hanya boleh meminum susu Ibu?Siapa siapa?Adakah Kau Ya TuhanKu Sayang?Mengapa diciptakan Aku ini?Adakah aku diciptakan ke neraka?Ya TuhanKU Sayang ... TuhanKU pemadam dosa hambanya...TuhanKU yang mempunyai belas kasihan...TuhanKU yang Rahmat meliputi segalanya...Ampunkanlah diriKU....Kuatkan HatiKU menempuh lempias nafsu dan godaan Dunia...CINTAkan aku kepada Syahid... Cintakan sahabat2 KU kepada kematian...Cintakan Kami kepada JALANmu Yang LURUS...Ya TuhanKU sayang .....Ikhlaskan diriKU.... ikhlaskanlah diriku.....Syurgamu Disana tapi UsahaKU dimana?

Apr 21, 2009

salam ta'aruf

Salam taa'ruf..
salam ukhuwah..
salam seluas mahabbah..

Saidina Umar mengatakan, "Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain saudaranya yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah ia berpegang kepadanya" Malah, Saidina Umar meminta kita 'berpegang kepadanya', iaitu bermakna tidak melepaskan dan menghargai teman tersebut kerana kita sebenarnya dianugerahkan kebaikan yang sangat besar apabila dikurniakan teman yang soleh.
 

Blog Template by YummyLolly.com