May 11, 2009



Assalamualaikum sahabat sahabiah sekalian... Seluruh dunia baru sahaja menyambut Hari Ibu or in english Mother's Day...=p

Tetapi, satu persoalan yg ingin sy tujukan buat sahabat2 sekalian..adakah antum mengetahui sejarah sebenar perayaan Hari Ibu ni? Atau menyambutnya atas dasar orang lain turut merayakannya?? Tepuk dada tanyalah hati..

Disini saya sertakan sedikit maklumat mengenai asal usul perayaan Hari Ibu. Moga dapat menjelaskan mengenai sejarah sebenar Hari Ibu..


Secara sejarahnya sambutan hari ini adalah berbeza mengikut tempat. Banyak pandangan dan pendapat mengatakan asalnya bermula pada zaman Mesir purba iaitu apabila masyarakat Mesir purba memberi penghormatan kepada Dewi Isis. Ada pula pandangan berkata Hari Ibu di sambut kerana kerana memperingati tradisi Roman yang juga memperingati Dewi Cybele dalam perayaan Phrygian Goddess Cybele. Di Greek pula ia mempunyai tradisi yang sama seperti Roman cuma sambutannnya terhadap Dewi yang bernama Rhea.

Di Eropah, kala permulaan era kristianiti, sambutan Mother Church dilakukan bagi menghargai gereja kerana pembaptisan. Sambutan ini dilakukan pada hari Ahad keempat Lent iaitu 40 hari selepas hari Ester.

Sejarah sambutan Hari Ibu yang kini dikenali di seluruh dunia pada hari minggu ke 2 bulan Mei berasal dari sambutan memperingati wanita bernama Anna Reeves Jarvis yang bermula pada tahun 1908. Kematian Anna Reeves Jarvis’s telah menyebabkan anak perempuannya Anna M. Jarvis memulakan kempennya untuk mewujudkan sambutan Hari Ibu secara rasmi. Dalam petisyennya kepada gereja di mana ibunya telah menghambakan diri untuk mengajar di kelas gereja setiap hari ahad, maka pada 10 Mei 1908, permintaannya telah dimakbulkan dan sambutan Hari Ibu telah dibuat secara rasmi di West Virginia. Pada waktu sambutan itu Anna M. Jarvis telah membuat dekorasi bunga Carnation sempena bunga kegemaran ibunya. Begitulah sejarah bunga Carnition dijadikan bunga rasmi sambutan hari ibu . Lazimnya Carnation Putih untuk penghormatan bagi ibu-ibu yang sudah tiada manakala Carnation Merah atau Merah Jambu untuk ibu-ibu yang masih ada.

Di negara-negara Arab juga menyambut Hari Ibu pada 21 Mac dan kita di Malaysia memperingatinya seperti kebanyakan negara lain iaitu pada Ahad kedua pada bulan Mei. Di negara kita juga ada penganugerahan Ibu Mithali yang diadakan setiap tahun oleh Yayasan Dakwah Islamiah bertujuan mengitiraf Ibu-ibu yang berjaya memberikan didikan kepada anak-anak dengan kasih sayang sambil menekankan aspek dunia dan akhirat.
Di Jepun juga sambutannya sapa dengan versi Amerika dan seluruh dunia iaitu pada Ahad kedua bulan Mei.

p/s: berdasarkan segala maklumat kat ats ni, antum boleh membuat penilaian masing2 tntg smbtn Hari Ibu ni.. for me..everyday is mother's day=) miss u ummie...love u..

0 ..bicara berhikmah~:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com