Jan 11, 2010

b!aR bAhAg!a wALaU sEd!kIT..

BIAR BAHAGIA WALAU SEDIKIT

Allah menuntut kita menyebarkan perkara-perkara baik
namun Dia juga yang mencipta cemuhan-cemuhan yang datang dari mulut manusia.
Berusahalah mencari keredaanNya, menerima pembahagian, meyakini ketentuan dan tidak bimbang masa nan mendatang.
Jadilah anda seperti rama-rama,
ringan perawakan, indah dipandang, sedikit bergantung pada yang lain,
dari satu tangkai ke satu tangkai, dari satu taman ke taman yang lain.
Hidupnya sentiasa berpusing daripada yang baik kepada yang lebih baik.
Jadilah juga seperti lebah
yang sentiasa memakan sesuatu yang baik dan mengeluarkan yang baik pula, mengeluarkan madu, tidak menyengat, terbang dengan rasa cinta dan hinggap dengan tali kasih. Dengan menggambarkan suka dan rela. Ia bagaikan utusan langit atau duta alam yang kekal datang berkunjung.

Firman Allah yang bermaksud :
Katakanlah ; dengan kurnia Allah dan rahmatNYa, hendaklah dengan itu mereka bersukacita. Kurnia Allah dan rahmatNYa itu lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan (dari segala perkara dan benda yang tidak kekal)
Yunus ; 58

Pesan pada diri :
~ jangan tersalah memberi hati..
Pada insan yang x sudi dan pada insan yang x mengerti..
~ kerana..
Sekali kau memberi, selamanya dia di hati..
~kerana..
Sekali kau dilukai..
Sampai mati kau tetap ingati..
~pesan pada diri lagi..
Berhati-hatilah memberi hati..
Sebab ianya untuk insan yang tahu menghargai..
Betapa tingginya NILAI SEKEPING HATI..

0 ..bicara berhikmah~:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com