Nov 12, 2010

~buat hati sahabat2 fillah,,


Buat hati sahabat2 fillah di dunia sementara, di akhirat kan kekal selamanya..

Apabila dikatakan semuanya yang dinikmati di alam fana ini hanyalah pinjaman, memang benar.. sekecil2 perkara sehingga sehebat-hebat benda yang dikecapi, ianya tidak lain tidak bukan, pinjaman dari Yang Maha Pemberi kepada hamba-hambaNya di bumi.. tidak kira pilihan yang dibuat oleh mereka yang pilih untuk tunduk padaNya ataupun tidak.. Begitu juga dengan hati-hati di dalam sanubari setiap insan di dunia ini..


Hati yang diertikan bukannya hati yang mampu dilihat secara fizikalnya, yang dipelajari di bangku sekolah setibanya waktu cikgu biologi masuk untuk menerangkan ciri-ciri dan fungsinya.. Namun, hati yang ingin dimaksudkan, hati yang lahir dari dalam jiwa nurani setiap insan.. di mana setiap perkara, perlakuan, percakapaan yang dilakukan di gerakkan oleh hati ini.. andai yang menggerakkan kenderaan di jalanan adalah engin yang terletak di dalamnya.. ketahuilah,hatilah yang sebenarnya engin penggerak dalam tubuh manusia.. biarpun secara medikalnya, jantung yang memastikan aliran darah tiba pada tempatnya tepat pada waktunya..akan tetapi, ia bukanlah neraca timbangan dalam setiap perkara yang dilalui.. hati inilah yang menentukan neraca yang akan ia gunakan dalam membuat keputusan. Andai engin kenderaan perlu diservis setelah ia bergerak sejauh xxKM, ketahuilah, begitu juga hati insani.. dan sesungguhnya, hati-hati setiap insan, jauh lebih banyak bergerak, berkerja berbanding engin di dalam kenderaan jalanan..

Jesteru itu, hati-hati ini perlu sentiasa diservis, berulang kali.. bukan hanya setelah ia lemah, baru hendak diperbaiki.. Apabila ingin membeli kenderaan bermotor, pasti yang mampu beraksi dengan baik menjadi pilihan.. Dan hati-hati insan di dunia ini.. bagaimana untuk menjadikan diri tampil ke hadapan, biar tampak di dalam jutaan hati-hati lain di kala hati-hati ini semuanya tampil menghadap Ilahi?

Biarpun tahu hati diri tidak mungkin setanding para rasul dan nabi.. tidak mampu sebaris beratur dengan para sahabat.. tidak layak untuk berkumpul bersama mujahid-mujahidin.. namun, ketahuilah.. keberadaan di dunia ini, di akhir zaman ini, ada kelebihan yang diberi.. kerinduan nabi untuk berjumpa di jannah nanti.. hanya kerana hati-hati ini tulus ikhlas bergerak menuju Ilahi biarpun tidak sempat bersama nabi untuk menyiarkan panjiNya di muka dunia..tiada dorongan yang langsung (berhadapan) darinya..


Sebagai da'ie yang dipilih oleh Yang Maha Esa.. Maha Mengetahui.. hati-hati yang bersemi di dalam sanubari, insyaAllah sudah mula beroperasi dengan giat dan proaktif.. Oleh itu, sentiasalah melawat hati diri, agar mudah dikesan di saat ia mula lelah... mula hadir garis-garis kurang sihat.. Apabila dapat dikesan di awal waktu, sudah pasti senang untuk diubati.. kerana masih lagi tidak severe injury yang di hadapi.. jangan ditangguh untuk diubati.. jangan biarkan ia sendiri tanpa follow-up yang kerap.. kerana keseorangannya mampu mengajak kehadiran mereka yang tidak diundang.. yakni, si dia yang berjanji untuk merosakkan hati-hati mu'min mu'minin di dunia..
Untuk memastikan hati-hati ini agar tetap sihat.. antara servis yang boleh dilakukan oleh jasad-jasad yang memikul hati-hati ini adalah... bibir tidak lekang dari zikrullah dan istighfar..

    Zikrullah mengingatkan hati bahawa ia masih lagi belum mencapai matlamat.. hadirnya ingatan pada Ilahi.. menjadi daya tolakkan pada hati untuk kembali beroperasi dengan kesungguhan yang baru..

    Istighfar melahirkan rasa tunduk dalam hati.. agar tidak riak dalam setiap amal yang dilakukannya, digerakkannya..dan juga perlunya doa sentiasa..dan bukan hanya sekadar selepas solat ataupun saat hendak menjawab soalan di dalam dewan peperiksaan.. Doa-doa mendekatkan hati pada PenciptaNya.. kerana ia tahu, segala keputusan yang dibuat, semuanya di gerakkan oleh ilham dariNya.. dan seandainya ia terjatuh ke kawasan laranganNya, maka, kan gelap hitamlah pandangannya pada sekitarnya.. Doa bisa menundukkan hawa nafsu yang sentiasa mencuba untuk menggoda hati, manariknya keluar dari pendirian untuk melalui fitrah ia dicipta..

Tidak lupa pada hadiah dariNya pada umat Muhammad (saw).. kalamullahNya yang diaturkan di dalam Quran.. perlu hati-hati ini sentiasa menghayati peringatan dariNya, kisah-kisah yang ingin disampaikan buat mengubati kegusaran hati para insan, hukum-hukum yang digariskan untuk dipatuhi agar hidup di muka bumi tidak rusuh.. tilawatilkan ia, tadabur kan maksudNya.. kiriman khas kalamullahNya buat para hamba yang memilih untuk menerimanya.. Biapun kan sentiasa sibuk hati-hati ini.. dalam mengerakkan jasad di mana ia bersemi.. ketenangan masih mampu ia kecapi, andai ia disogokkan dengan bekalan-bekalan yang dikatakan tadi.. (zikrullah, istighfar, berdoa, tawatil quran).

Tiada yang mampu dikongsikan lagi dari hati ini di kala ini.. hanya satu harapan yang dibawa.. agar tatapan mata-mata yang meratapi perkongsian hati disini, akan membawa satu message yang kan dibawa ke dalam hati milik mata yang memilih untuk mendengar tatapan hati ini.. dari hati untuk hati..setiap pilihan hati-hati hambaNya, tidak mungkin dapat dinilai sekadar pandangan insan di dunia, semoga hati-hati di sini benar-benar telah memilih jalan yang hakiki, jalan yang tidak bersimpang dari matlamat menuju Ilahi biarpun ia penuh ranjau dan tusukan berduri kan hati-hati ini teguh berdiri, melaksanakan tugas selagi ruh miliknya tidak dibawa pergi..

[ edited fr0m emel dr se0rang shbt fillah,,jazakillah ya ukht ]
p/s : salam saiyidul ayyam 'ala kullukum,,barakallah~

0 ..bicara berhikmah~:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com