Showing posts with label iman. Show all posts
Showing posts with label iman. Show all posts

Dec 25, 2010

..suratan atau kebetulan??



Assalamualaikum w.b.t..

Dah lme myepi dr mr. blog ni..maap ye incik blog..kebetulan arini tade org kat umh, juz tgal sy, ayah n mak cik bibik je..so, bowim..hehe..ttibe tringat da lme x update blog..huhu..n kbetulan jgak arini 25 Dec..nape ngan 25 Dec ek? oo..meri krismes..n sy pun cri2 la info sket sal sambutan ni..then tjumpa sal bencana time sambutan krismes nih..so, sy share la ngn korg sume..buat pringatan bsama ye..

Ye,, ini sume mungkin suratan, dan mungkin juga kebetulan..tp fikir2kn la yep : 


1) Beribu-ribu orang disahkan mati di Asia (Indonesia, India, Sri Lanka, Thailand dan Malaysia -Penang, Kedah dan lain-lain tempat di Utara),beribu buah rumah dan kenderaan hanyut/runtuh/musnah akibat gelombang Tsunami hasil dari gempa-bumi di Sumatera, pada masa sambutan Krismas 2004. 









2) Beberapa tahun dulu, ribut Greg di Sabah berlaku, pada masa sambutan Krismas. Beratus-ratus mati (mungkin beribu sebab yang mati banyak dari kalangan pekerja asing dari Indonesia yang tidak dilaporkan). 

3) Pada tahun 1975, seluruh Bandaraya Darwin di Australia ranap di landa ribut taufan, pada masa sambutan Krismas.

Kaitan diantara peristiwa kejadian gempa bumi di Acheh dengan beberapa peristiwa2 (bencana2) yang telah lalu cuma Allah swt sahaja yang tahu sebab sebenarnya. Apa yang pasti ialah semua peristiwa ini merupakan peringatan dan amaran dari Allah swt agar manusia ta'at kepada perintahnya dan ia juga melambangkan keagungannya; Subhana Allah!

Memetik kata2 Syeikh Abdul Aziz bin Baaz, bekas Mufti Arab Saudi, mengenai gempa bumi / bencana : Maha Suci Allah swt, yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui akan apa yang di takdirkan, sebagaimana Allah Maha Mengetahui akan peraturan dan perintahnya. Maha Sucinya mencipta apa yang dikendaki apa-apa tanda, dan ketentuannya! Bagi menakutkan hambanya, mengingatkan mereka tentang kewajipan dan haknya, dan memberi amaran apa2 yang mensyirikkannya, bertentangan dengan arahannya dan larangannya, sebagaimana firman Allah swt : 
"Kami tidak menghantar turun mukjizat-mukjizat itu melainkan untuk menjadi amaran (bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman). "          [al-Israa’ 17:59] 
"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? "                                                  [Fussilat 41:53] 
"Katakanlah: Dialah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu atau dari bawah kaki kamu atau Dia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah (berpuak-puak) dan Dia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain. Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya. .’"                                   [al-An’aam 6:65] 

Al-Bukhari meriwayatkan didalam Sahih dari Jaabir ibn Abdullah ra. bahawa apabila ayat "Katakanlah: Dialah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana)" diturunkan, Nabi saw berkata "Aku berlindung dengan wajah engkau - Auzubi wajhika". "atau dari bawah kaki kamu", baginda berkata "Aku berlindung dengan wajah engkau " - [Hadith Riwayat al-Bukhari, 5/193]. 

Abu al-Syeikh al-Isbahaani meriwayatkan dari Mujaahid mengenai tafsiran ayat "Katakanlah: Dialah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana)" [dengan makna] al-Sayhah (jeritan), batu2 dan angin yang kuat; "atau dari bawah kaki kamu", [dengan makna] gempa bumi dan keadaan ditelan oleh bumi. 

Tidak syak lagi bahawa gempa bumi yang berlaku pada masa ini adalah sebagai tanda / alamat bahawa Allah menggunakannya bagi menakutkan hambanya. Semua gempa bumi dan yang lain2 yang berlaku dan kemusnahan dan kecederaan kepada manusia adalah kerana syirik dan dosa, sebagaimana firman Allah swt :- 
"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu."                                                                                                                              [as-Shura 42:30] 
"Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri " [an-Nisaa’ 4:79] 


Tambah beliau : 
"Apa yang wajib dilakukan oleh orang Islam yang mukallaf ialah bertaubat kepada Allah swt, berpegang (istiqamah) kepada agama dan jauhi segala yang dilarang yang berbentuk syirik dan dosa, agar mereka selamat dan berjaya didalam dunia ini dan akhirat, dan dari semua yang jahat, dan sehingga Allah swt mengangkat semua bala', dan memberkati dengan segala kebaikkan, sebagaimana firman Allah swt :- 

"Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan."                                                                                                                        [al-A’raaf 7:96]

Syeikh Bin Baaz juga memetik kata2 al-Allaamah Syeikh Ibn Qayyim rh yang berkata :- 
Allah kadangkala memberi kebenaran kepada bumi untuk bernafas, dimana gempa bumi yang besar akan berlaku; ini akan mmbuat manusia merasa takut, meninggalkan dosa, bersolat kepada Allah dan merasa menyesal (atas dosa). Apabila terjadi gempa bumi dahulu, beberapa salaf berkata : Sesungguhnya Tuhan kamu memberi amaran kepada kamu. Apabila Madinah terjadi gempa bumi, Umar ibn al-Khattab ra berucap kepada orang ramai dan berkata : Jika berlaku gempa bumi lagi sekali, aku tidak akan tinggal disini bersama kamu" 

sumber : http://www.al-ahkam.net/




p/s : nk uploadkn some more pics,,but loading lme sgt..huhu..t la sy edit2 blik ye..=)


Nov 30, 2010

~Serikandi Islam ; Zinnirah

Assalamualaikum w.b.t..
Dalam entry kali ni, sy nk share tntg perjuangan seorang serikandi Islam yang unggul,,terkenal dengan pengorbanan seorang muslimah dalam mempertahankan aqidah yg tpahat dlm hatinya..so, tke a look~

Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternila bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan. Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum Muslimin dan muslimat dalam mempertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam. 


Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan sahabat karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah. 



Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. 



Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan Islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati. 



Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keislamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meninggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W. 



Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah dan agama Islam sebelum keislamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad s.a.w. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anaknya perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam. 



Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum Muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalh rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T. 



Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya. 



"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh. 



Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku. 


Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. hatinya dengan penuh lesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi. Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.



p/s : "ni untukmu Ya Allah, Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.." ~sahabat2, mg2 inilah jua rintihan hati kita kepada Al-Khaliq,,andai mata Zinnirah buta kerana mempertahankan aqidahnya, kita pula?? [tepuk dada tanyalah iman yep^^]..,oleh itu, gunakanlah nikmat mata yang dikurniakan Allah dengan sebaiknya..,anda mampu mengubahnya~

Nov 13, 2010

..petua buat hatiku dan hatimu~


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah. 

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih" 

2) Istighfar keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan. 

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 


4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Al-Ikhlas" sebanyak 3X. 

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan. 

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya... ... (perkara yang elok-elok belaka) 

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!) 

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan. 

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana   bimbang akan mati bila-bila masa) 

10) Kekalkan wuduk 

11) Bersedekah 

12) Belanja orang makan. 

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang syubhah 

14) Berkawan dengan ulama 

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) 

16) Pesan pada orang, jadi baik 

17) Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.


p/s : jom, shbt2..same2 kita praktikkan..x rugi~Ya Allah, kuatkanlah smgatku untk study.. [bila sindr0m malas melanda diri~hihi]

Nov 8, 2010

..mencari kemanisan iman~

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ذَاقَ طَعْمَ الإِيمَانِ مَنْ رَضِيَ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالإِسْلاَمِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولاً
Ertinya:
“Dari Ibn ‘Abbas RA, Nabi SAW bersabda: “Dapat merasai kemanisan iman, orang yang meredhai Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai rasul.”                        (HR. Muslim)
Keterangan:
Meredhai sesuatu bermaksud: Bersetuju dan memadai dengannya serta tidak mencari suatu yang lain. Maksudnya ia tidak berkehendak selain kepada Allah SWT, tidak mempedulikan selain jalan Islam, dan tidak menuruti selain apa yang selari dengan syariat Muhammad SAW.
عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Ertinya:
“Dari Anas bin Malik RA, bersabda Rasulullah SAW: “Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”                                  (HR. Muslim)

 

Blog Template by YummyLolly.com